Pages

Friday, April 2, 2010

Jentik

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu.
Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara.
Kuda ni memang pandai giler.. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi
lagu Hattan dia nyanyi itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.

Gembala Kambing

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya. Datang seorang pemuda lalu bertanya,
"Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?"
"Oh, boleh saja" kata gembala itu.
Orang itu berkata, "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?" tanya gembala.
"Yang putih."

Evolusi Bahasa

Perubahan bahasa yang simbolik...

Bahagian
A adalah cara percakapan semasa zaman diraja.
B pula zaman sekarang
C pula cara perbualan budak-budak remaja zaman sekarang.

#1
(A) Sayugia ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas.
(C) Wa cakap sama lu... lu kalau mao kropok dia... lu kropok jangan kasi lebam beb.

Peribahasa Moden

     1. ke mana tumpah nye kuah kalau tidak ke bawah
     2. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnye tak dapat masuk olimpik juga
     3. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian cukai pendapatan
     4. tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
     5. tiada rotan pelempang berguna juga
     6. biar lambat asalkan tak cepat
     7. biar putih tulang jangan kuning gigi
     8. di mana ada gula di situ adalah gula-gula
     9. jauh di mata dekat di mata-mata
     10. kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
     11. carik2 bulu ayam lama2 jadi shuttlecock
     12. secupak takkan jadi 18 cupak
     13. gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia
     14. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut
     15. harapkan pagar, pagar tak boleh harap
     16. habis madu, sepah jgn dibuang merata-rata
     17. alang2 mandi, biar guna sabun
     18. berapa berat mata memandang berat lagi seguni beras
     19. cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa2 pun
     20. diam2 ubi berisi diam2 orang bisu
     21. hendak seribu daya tak hendak tak apa
     22. hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong
     23. hidup segan mati ditanam
     24. ikut hati mati, ikut rasa merasa
     25. lembu punya susu, cap teko dpt nama
     26. patah tumbuh, hilang report polis
     27. sambil menyelam tengok kapal selam
     28. sehari selembar benang, lama2 benang habis
     29. jika kail panjang sejengkal, beli ler yang panjang sikit kalau nak mengail di laut
     30. membujur lalu melintang pukang
     31. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan..
     32. sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
     33. kecil2 cili padi, kecil lagi biji cili
     34. kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah
     35. berat sama dipikul, ringan angkat sorang-sorang

Mengenal Lelaki Melalui Ciumannya

Berikut adalah panduan-panduan mengenal lelaki melalui cara dia mencium anda.

1. Matanya Tertutup. 
Dia adalah lelaki yang terdorong oleh fantasi bila dia mencium anda. Dia juga adalah lelaki yang romantik dan mudah menjadi mesra dalam perhubungan.

2. Matanya Terbuka.
Dia berhati-hati dalam meluahkan emosinya. Dia adalah lelaki yang mempunyai kecenderungan untuk mengongkong sesuatu perhubungan.

3. Mencium Dengan Kuat.
Lelaki ini cuba menutup kelemahannya dengan mendominasi atau mengongkong apa yang anda lakukan.

4. Mencumbu Lidah.
Cumbuan lidah biasanya mengiringi keghairahan yang tinggi. Lelaki ini cenderung untuk mengongkong anda apabila dia menusukkan lidahnya ke arah kerongkong anda. Jika dia membenarkan anda juga memasukkan lidah ke dalam mulutnya, dia adalah lelaki yang boleh berlebih kurang dengan anda.

5. Membelai sambil mencium.
Dia lelaki yang tahu bahawa kuasa seksual sebenar ialah melalui kelembutan dan kehalusan. Dia adalah penyabar dan peka terhadap kemahuan anda, dana dapat menawarkan apa yang anda paling sukai. Dia dianggap matang dari segi seks dan juga emosi.

--------------------------------------------------------------------------------

Mengenal Lelaki Disamping Anda

Lelaki yang berada di samping anda itu bukanlah hanya sebuah lembaga tubuh yang sekian ketinggianya, ikal atau lurus rambutnya, putih atau hitam kulitnya. Itu bukanlah insan yang sebenar yang ingin anda kenali. Insan sebenar itu adalah himpunan dari keseluruhan kegiatan-kegiatannya yang terselindung maknanya dan bersambungan lakunya.

Lelaki itu, tidak kira siapa namanya, berapa umurnya, adalah satu himpunan dunia pengalaman yang unik. Apa yang telah di alaminya tidak pernah dan tidak akan di alami oleh insan lain. Lelaki itu adalah hasil satu himpunan perasaan, gedung kenangan lampau dan juga kegigihan harapan masa depan. Dalam dirinya ujud kehidupan dan harapan yang tidak kujung padam, juga terpendam kekuatan tenaga-tenaga yang baru saja dihidupkan. Sembilan persepuluh dari bakatnya belum lagi tersentuh atau diteroka.

Walaupun lelaki itu takut, dia perlu memperkenalkan dirinya kepada alam agar alam mengenalinya seperti mana dan setakat mana dia mengenali dirinya sendiri. Dia melakukan itu agar dia dapat mengenali dirinya dan dikenali dengan lebih mantap dan mesra, hingga ke peringkat yang tidak mampu dilahirkan dengan kata-kata.

Pada diri lelaki itu ujud satu masyarakat yang  tersendiri. Masih ujud ibubapa, ayah, kawan  sahabat, taulan seperjuangan, rakan sepermainan serta setiap dan kejadian yang  pernah melintasi hidupnya. Semuanya itu masih terbenam jauh di lubuk dirinya.

Walaupun mungkin penglibatannya kecil, dia adalah  insan yang turut mencipta sejarah. Dia cuba mencipta sejarah seolah-olah seperti cuba menyeberangi samudera yang menggunung ombaknya. Dia masih mencuba membina satu dunia yang lebih aman bukan hanya untuk kepentingan dirinya sendiri tetapi juga untuk generasi mendatang.

Jauh dilubuk jiwanya, lelaki di samping anda mempunyai amanah yang diliputi oleh lapisan-lapisan persetujuan dan kewibawaan. Walau pun begitu, mana tahu pada satu hari nanti, setelah terpaksa mengakui keujudan kekejaman dunia, atau mengakui bahawa hidupnya tidak sesempurna mana dan begitu juga keperibadiannya,dia mungkin berkata "Meskipun begitu ... aku masih seorang insan yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan, dan aku mengharap serta berusaha ke arah kesempurnaan." Dan anda tahu bahawa dia juga adalah seorang manusia biasa seperti anda. Berilah dia peluang untuk memperbaiki dirinya.

Bukanlah dia hanya mahu hidup di dunia ini untuk dirinya sendiri tetapi juga untuk anda dan insan lain. Dia boleh berhadapan, cuba mengatasi masalah, atau cuba  memahami anda jika itulah kehendak anda. Sebaliknya dirinya perlu juga difahami, terutamanya oleh anda, kerana jika anda tidak memahaminya, dirinya akan terhalang untuk bermesra dengan anda, dan selain anda, siapa lagi yang sepatutnya lebih mesra padanya?


--------------------------------------------------------------------------------

Lelaki dan Tarikh Kelahiran

--------------------------------------------------------------------------------
 
Pada umumnya lelaki ini bersifat pendiam dan konservatif. Namun dengan orang-orang yang tertentu dia cepat mesra. 
Tapi lelaki yang lahir tarikh ini mudah terperasan, kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. 

Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya ketika sedang berhubung dengan orang ramai.

Dalam banyak hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.

Tapi hati-hati, kadangkala dia lebih memetingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan seandainya sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

--------------------------------------------------------------------------------

***Lahir Pada: 2, 11 dan 30 Haribulan***

--------------------------------------------------------------------------------

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. 
Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut dan ramah. 

Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya, namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. 

Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis, sering mengalah sebelum mencuba. 

Oleh itu mesti ada yang menolongnya agar dia tidak terus terjebak dengan sikapnya itu.  

--------------------------------------------------------------------------------

***Lahir Pada: 3, 18 dan 29 Haribulan***

--------------------------------------------------------------------------------
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri khas bagi lelaki yang lahir pada tarikh ini.
Tapi jangan cuba mempermainkannya, dia mengamuk dengan hebat. 

Dia tergolong dalam lelaki yang bijkasana dan bertanggungjawab. Sifat jujur dan ramah adalah modalnya untuk bergaul.

Tapi dalam soal cinta, dia merupakan lelaki yang susah untuk dimengertikan. 

Lelaki jenis ini suka kepada gadis yang bersifat keibuan, berwajah sederhana daripada gadis tomboy yang rupawan.

--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 4 dan 13 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Lelaki yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.
Dalam soal cinta, dia tergolong lelaki yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya.

Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.

Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakan.

--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 5 dan 17 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecenderungan untuk berprestasi.  
Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang dingininya selalunya mesti dipenuhi.  

Memandang sesuatu dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangya dia suka menganggap remeh pada orang lain.  

 


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 6, 14 dan 27 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Dia adalah seorang yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. 
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. 

Dalam soal cinta dia ingin memberikan yang terbaik kepada orang yang dicintainya. 

Namun begitu harga dirinya sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 


--------------------------------------------------------------------------------


Lahir Pada: 7, 28 dan 31 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Dia adalah seorang yang bersikap terbuka, berterus-terang dan jujur.
Namun begitu dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu dengan cara mudah.


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 8 dan 23 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Dia bersifat peramah dan mudah perasa, kepada teman-teman dia bersifat lembut dan bijaksana.
Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal.

Dia memerlukan suasana yang seimbang, baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.

Kelemahannya yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui oleh perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.

Dalam urusan cinta, lelaki jenis ini ialah seorang yang tabah dan rela berkorban.


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 10, 16 dan 21 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Suka bekerja keras, memiliki usaha yang tinggi dalam usaha mecapai cita-citanya.
Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.

Namun begitu dia tergolong dalam jujur dan tabah menghadapi persoalan.

Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi.

Tapi dia adalah lelaki yang terlalu cemburu.

Kalau baik dia sangat baik, kalau jahat dialah yang paling jahat.


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 12 dan 19 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Lelaki yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. 
Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi, kerana itulah dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. 

Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah lelaki yang disegani kerana bakat kepimpinannya. 

Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. 

Dalam urusan cinta, dia adalah lelaki yang sangat susah dipercayai. 


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 15, 20 dan 26 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Jangan mengharap sifat romantis dari lelaki jenis ini.
Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu masalah.

Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama huru-hara.

Dalam percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat akan gadisnya.

Namun begitu sikapnya amat disenangi oleh gadis-gadis.


--------------------------------------------------------------------------------
Lahir Pada: 22 dan 25 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dibenci kerana perbuatannya.
Namun buat teman-teman dia merupakan orang yang penuh pengertian.

Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendah diri, jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain.

Lelaki jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.


--------------------------------------------------------------------------------

Bolehkah Wanita Mengubah Perangai Lelaki

Menurut majalah Ibu (Feb. 1990) dalam kebanyakan kes, isteri cuba mengubah perangai suaminya kerana kelemahan suami itu mendatangkan masalah dalam hidupnya dan menggagalkan harapannya untuk mendapatkan sesuatu. Sekiranya suaminya berubah perangai, isteri itu yakin bahawa keadaan rumahtangga akan menjadi bertambah baik.

Cubaan isteri untuk mengubah suaminya akan bermula dari teguran-teguran dan kritikan-kritikan mengenai kelemahan suaminya.

Teguran-teguran itu dibuat atas keyakinan bahawa ia adalah untuk kebaikan suami dan sebagai bukti bahawa dia sayangkan suaminya.

Namun yang dipertikaikan oleh lelaki dan menyebabkan lelaki sukar berubah bukanlah teguran itu, tetapi cara teguran itu dibuat. Lelaki lebih suka ditegur dengan cara lemah lembut dan berdiplomasi.

Sebagai isteri patutlah seorang wanita menasihatkan suaminya dengan cara yang yang baik, itu tergolong kepada tanggungjawab isteri.

Mudah-mudahan suami akan menyedari kelemahannya dan berubah. Namun begitu jika suami terus-menerus dengan perangai lamanya, isteri tiada pilihan lain melainkan belajar pula untuk menerima suaminya dengan keadaan sedemikian.

Bukanlah menjadi tanggungjawab isteri lagi untuk mendesak suaminya agar berubah kerana ia berkemungkinan besar akan mendatangkan keburukan.

Terdapat 4 sebab mengapa isteri tidak harus mendesak atau memaksa suaminya agar berubah, sebagaimana berikut:

1. Ia boleh menyebabkan masalah perkahwinan.

Suami akan menganggap bahawa isteri tidak puashati dengan sikapnya dan tidak merestuinya. Apabila ini berlaku suami menganggap bahawa isteri telah mulai membenci dan cuba mencari-cari kesilapannya. Suami akan membina benteng antara dia dan isteri, menjauhkan diri, tidak lagi berbual mesra dan mungkin menunjukkan sikap-sikap yang berlawanan dari kebiasaan. Egonya akan tercabar, suami akan merasa tidak selamat.

2. Ia boleh memusnahkan rasa cinta.

Hubungan suami isteri akan menjadi dingin dan ada pula rumahtangga yang mana cinta telah musnah.

3. Ia boleh menyebabkan suami menentang.

Suami akan menentang kerana dia cuba mengekalkan rasa kebebasannya.

4. Ia tidak akan menemui kejayaan yang diharapkan.

Lelaki tidak akan berubah dengan cara desakan dari isteri. Jika ia berubah, itu bukan bersebab dari desakan isterinya tetapi dari sebab-sebab yang lain. Mungkin juga atas kesedarannya sendiri untuk berubah hasil memikirkan sendiri mengenai keburukan perilakunya.


--------------------------------------------------------------------------------

Apa Yang Lelaki Cari Pada Wanita

--------------------------------------------------------------------------------

Lelaki mahukan wanita yang bijak dan bekerja tetapi yang lebih penting ialah wanita yang dapat mendorong dan mengurangkan kemungkinan membabitkan lelaki itu ke kancah tekanan yang dihadapi oleh kaum wanita.
--------------------------------------------------------------------------------

Lelaki lebih suka memilih pasangan yang jauh lebih muda dari umur mereka dan jika boleh wanita itu tidak pernah mempunyai teman lelaki dan bergaul dengan lelaki.
--------------------------------------------------------------------------------

Lelaki suka memilih wanita yang senantiasa nampak kemas, bersih dan cantik untuk menjadi teman hidup. Wanita yang suka berjenaka dan boleh bergurau, merasa gembira apabila bersama dan menyenangkan, seksi, mementingkan perhubungannya bersama lelaki itu, menyanjung tinggi teman lelakinya, bersikap terbuka dan boleh berbicara mengenai semua perkara, punya sifat keibuan dan lelaki tidak merasa bimbang ketika pergi bekerja, dan menganggap bahawa lelaki itu penting dalam kehidupan di dunia ini.
--------------------------------------------------------------------------------

Lelaki mula tidak suka pada wanita yang bebas pergaulannya, lebih mementingkan anak dari suami, tidak berminat dalam hal seks, terlalu dingin atau agresif, mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi dari lelaki, suka berleter dan terlalu emosional, tidak memberikan perhatian kepada mereka.
--------------------------------------------------------------------------------

Friday, March 26, 2010

KIsah Se Tin Air

sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat. kadi tanye kat pompuan tu....

"kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu? pompuan tu jawab...
"saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh...sudah...mende aku nak goreng kadi tua ni.... kadi pun tanye si jantan..."hah...kamu....bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya masukkan dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

jawab kadi.."hak kamu le.." jantan tu kata lak.."hah... sama le kes ni pun. Kan tuan... kan... kan"

Mistake

People who do lots of work...
         make lots of mistakes

People who do less work...
         make less mistakes

People who do no work...
         make no mistakes

People who make no mistakes...
         gets promoted

That's why I spend most of my time
sending e-mails & playing games and sleep ...............    I need a promotion.

Wednesday, March 17, 2010

G-Shock GW-9200 Riseman Has Everything You Never Needed on a Watch

Casio's new G-Shock GW-9200 may not have a phone or MP3 player, but that's about all it lacks. With an altimeter, barometer and thermometer, the chunky black plastic timepiece hits the US. Full specs are below.
- 6 Band Atomic Time Sync
- Barometer (air pressure range 260 to 1100 hPa)
- Altimeter (-700 to 10000 m)
- Thermometer (-10 ℃ to 60)
- Stopwatch (1 / 100 seconds, 24 hours, with a split)
- World Time (33 world cities, 29 time zones)
- Countdown Timer (24 hours max)
- 5 Alarms (1 with snooze)
- Full auto EL light (with afterlight)
- Tough Solar (large solar charging system)
- Dimensions: 51.0mm × 48.9mm × 15.9mm
- Weight: 60.9g

G-Shock Forum Review
Ebay Review
TrailSpace Review 

Friday, March 12, 2010

Recuva - Aplikasi untuk mengembalikan fail-fail yang telah dibuang dari komputer anda

Recuva (atau nama lainnya "recover") adakah satu perisian Utility Windows percuma bagi mengembalikan fail-fail yang telah tidak sengaja atau sengaja dibuang dari komputer anda. Ini termasuk fail-fail dikosongkan daripada Recycle Bin serta imej-imej dan fail-fail lain yang telah dipotong oleh pengguna daripada kad memori kamera digital atau pemain-pemain MP3. Ia akan membawa balik "restore" fail-fail yang telah dibuang dari iPod, atau oleh bugs, crashes files dan virus-virus! Senang digunakan dan antaramuka yang memudahkan penguna untuk mengunakannya.

Download Sini => Recuva

CCleaner - Cepat, tangkas dan berkesan untuk mengoptimumkan komputer anda

CCleaner adalah satu sistem perisian percuma yang boleh mengoptimumkan komouter anda, merupakan rahsia dan alat pembersihan. Ia membuang fail-fail yang tidak dipakai daripada sistem anda - membenarkan Windows untuk bergerak lebih pantas dan membolehkan membersihkan hard disk anda. Ia juga membersihkan kesan-kesan aktiviti dalam connection anda seperti Internet history anda. Tambahan pula ia mengandungi satu pencuci registry yang boleh mencuci dan membersihkan registry tersbut(cuci ke??). Tetapi bahagian yang terbaik adalah ia LAJU (biasanya mengambil masa yang singkat untuk melaksanakan proses-proses mencuci dan membersih) dan mengandungi NO SPYWARE atau Adware! :)

Download Sini => CCleaner

Notepad C++ - Perisian yang memudahkan programmer

Pad nota adalah satu editor open source code dan penggantian Notepad menyokong beberapa bahasa. Boleh digunakan melalui persekitaran MS WINDOWS, penggunaannya dikawal oleh GPL LICENCE.

Berdasarkan satu komponen penyuntingan yang berkuasa Scintilla, Notepad menulis C dan menggunakan Win32 API dan STL tulen yang memastikan satu kelajuan pelaksanaan yang lebih tinggi dan saiz program lebih kecil. Dengan mengoptimumkan rutin yang selalu digunakan sebanyak mungkin tanpa menghilangkan kemesraan pengguna, Notepad sedang mencuba untuk mengurangkan  pengeluaran karbon dioksida kepada muka bumi ini. Bila menggunakan kurang kuasa CPU, PC boleh throttle down dan kurangkan penggunaan kuasa, dan menghasilkan satu persekitaran yang lebih hijau.

  • Syntax Highlighting and Syntax Folding
  • WYSIWYG
  • User Defined Syntax Highlighting
  • Auto-completion
  • Multi-Document
  • Multi-View
  • Regular Expression Search/Replace supported
  • Full Drag 'N' Drop supported
  • Dynamic position of Views
  • File Status Auto-detection
  • Zoom in and zoom out
  • Multi-Language environment supported
  • Bookmark
  • Brace and Indent guideline Highlighting
  • Macro recording and playback
Download Sini => Notepad C++

Ayam

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yg terletak di Gunung Semanggul, tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yg umurnya sudah lanjut dimamah masa(ewah-ewah cam dlm novel percintaan lak).

Karana merasa bahawa ayam jalak yg sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yg masih muda, tampan, segak, macho dan yg sewaktu dgnnya.


Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasad dengki menguasai dirinya, mulalah dia mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yg 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka, tua tak sedarkan diri. Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua utk aku saja.

Si ayam jalak tua : Eh...berlagak tul mamat sekor ni (jalak tua bercakap dlm ati). Sapa kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pd aku, kang aku sekeh kang... Oklah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni(jalak tua, menunjukkan eksen nyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yg menang boleh ambil semua ayam betina yg ada kat sini. Yg kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku..aku boleh saja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni...cabut bulu ayam ke(jalak muda membuat lawak loyar beruk nyer)

Si ayam jalak tua : Tak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari.

Sambil tersenyum kambing, Si ayam jalak muda: Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta utk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dgn penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yg muda lari menyusul dgn kecepatan kuasa extra gaban yg mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik
peternakan. Kenapa?????


[jawaban ada di bawah]

Awak Nak Kawin Lain

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kawin lagi tak?
Suami : Abang rasa, abang mungkin kawin lagi. Abih, anak-anak kita perlukan org yg boleh beri perhatian.
 Makan minum abang pun adalah org yg sediakan.
Isteri : Habis, kalau abang kawin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
Suami : Yelah. Sbb rumah ni beli mahal, takkan nak tinggal macam tu saja?
Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai dlm rumah ni, 
baiklah kalau abang kasi dia aja.
Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
Suami : Itu tak lah. Sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, 
golf set tak boleh sebab dia kidal......

Sapa boleh komen cerite ni.... 

Tuesday, March 9, 2010

Download

1. Safari - Interface menarik seolah-olah anda mengunakan MAC OS atau Iphone

2. Launchy- Buka aplikasi korang dengan pantas

3. Everything - Perisian untuk mencari file dengan mudah

4. Macrium Reflect - Aplikasi untuk backup hard disk korang

5. Batery Care - Mengoptimumkan pengunaan bateri laptop

6. Notepad C++ - Perisian yang memudahkan programmer

7. CCleaner - Cepat, tangkas dan berkesan untuk mengoptimumkan komputer korang

8. Recuva - Mengembalikan file yang telah dibunag dari komputer korang

9. Advanced SystemCare - mempunyai pendekatan satu-klik untuk membantu melindungi, memperbaiki, bersih, dan mengoptimumkan PC anda.

Saturday, March 6, 2010

ALASAN

Korang pernah tak pikirkan aper alasan nak diberikan biler nak cover-up sesuatu situasi? Berikut aderlah contoh contoh alasan yg boleh korang try......


1. Korang dtg lambat ke pejabat dan supervisor bertanyer kenaper lambat? Korang jawab..

(a) Sorry encik, saya punyer jamban tetiber meletop, so terpakser pinjam jamban jiran
(b) Saya ingat encik cuti... tu laaa pasal saya lambat.
(c) Maaf encik, saya ternaik kretapi KTM instead of ERL.
(d) Oh lambat ye? tah eh...tak prasan plak. (lepas tu dudok buat kerjer jgn toleh2).

Wednesday, March 3, 2010

Amalan Save Format Dokumen Ms Word Kepada versi Umum



Salam sejahtera kepada warga Blogger sekalian. Perkembangan Microsoft Office yang pesat telah menarik perhatian ramai pengguna untuk menaiktaraf (upgrade) versi MS Office lama kepada yang terkini iaitu MS OFFICE 2007. Jika dibuat perbandingan antara versi 2007 dan yang sebelumnya ternyata banyak perbezaan terutama dari segi antaramuka dan yang lain – lain. Mereka yang telah upgrade sendiri dengan menggunakan MS OFFICE versi 2007 anda harus save format fail anda kepada versi yang boleh diterima oleh MS OFFICE sebelum 2007. Berikut dipaparkan cara untuk anda save kepada format yang dinyatakan tadi.
Save 
As

Pengunaan CC dan BCC untuk emailPengunaan CC dan BCC untuk email

Email
Tahukah anda jika anda menghatar email forward ataupun ingin menghantar email kepada orang ramai dalam satu senarai adalah tidak beretika dengan meletakkan semuanya di dalam ruangan to : apatah lagi dengan meletakkan senarai yang banyak di dalam senarai CC:(carbon copy). Cara menghantar email untuk senarai yang banyak perlu diletakkan di dalam ruangan BCC: (blind carbon copy)

Waspada Perisian Antivirus Tiruan

Kali ini saya akan membawa pembaca sekalian kepada satu isu yang saya kira ramai yang telah sedia maklum tapi kurang mengambil perhatian iaitu kewujudan perisian2 palsu di internet terutamanya perisian antivirus. Pernahkah semasa anda melayari internet tiba – tiba muncul pop-up windows yang menyatakan PC anda sudah terkena virus dan harus di scan pada masa itu juga? Ini adalah salah satu tanda – tanda wujudnya antivirus palsu.

Thursday, February 25, 2010

Kelakar

PART I

Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa,
Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian,
dimana murid² baring dan mengankat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.
Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinyatiba² memberhentikan kakinya.
 Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah.

"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah"
"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."

Tuesday, February 23, 2010

PANTERA MOTO CLUB

Kelab ini ditubuhkan sekian lama di johor. Tapi masih ramai yang tidak mengetahui. Aku pun baru tahu time aku pergi rumah awek aku. Bakal biras aku yang promotekan kat aku dan bakal biras aku ni Ketua Besar dalam kelab PANTERA ini. ` PANTERA ‘ diambil dari singkatan dua patah perkataan iaitu `PANDUAN TERATUR’yang memberi pengertian kelab bermotor ini mementingkan cara atau disiplin pemanduan dan sikap yang mengutamakan peraturan jalanraya demi keselamatan diri dan pengguna lain. Warna `Orange’ pada perkataan `PANTERA’ dipilih adalah kerana ianya merupakan Warna kebiasaan bagi sesuatu tanda amaran atau tanda peringatan supaya berhati-hati, yang membawa makna kelab ini mengingatkan ahli-ahlinya supaya lebih memberi perhatian berwaspada ketika memandu untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Warna `Silver’atau`Perak’yang menjadi bingkai pada perkataan `PANTERA’adalah bagi Melambangkan penyatuan diantara sesama ahli di dalam kelab ini.

Ikan lumba-lumba di pilih sebagai maskot bagi kelab ini adalah kerana ianya sejenis ikan yang cerdik dan jinak (mudah mesra) serta gemar hidup secara berkumpulan, bersesuaian dengan konsep kelab ini yang mengamalkan sikap mesra sesama ahli disamping menerima idea-idea yang bernas untuk kebaikan kelab.

Wednesday, February 10, 2010

Anda GAMER???....Dell Alienware M15x adalah jawapannya

 
"Gamer PC" pasti akan teruja melihat komputer riba terbaru ini, Dell Alienware M15x terus menawarkan kecekapan permainan yang diperlukan pemain tegar dalam rekabentuk kompak 15 inci, bergaya dan terutamanya dilengkapi pelbagai ciri penting untuk keberkesanan permainan. Ia menawarkan pemproses terkini Intel Core i7, GPU NVIDIA GeForce GTX 260M 1GB dan sehingga 8GB memori DDR3 1333MHz untuk diserasikan dengan mana-mana permainan yang ingin didominasi.
Dari segi rekaan, M15x memang sesuai untuk "gamer" kerana rekabentuknya yang unik, warna terang dan ciri seperti papan kekunci bercahaya AlienFXTM khas akan memberi gaya tersendiri buat "gamer".

Tuesday, February 9, 2010

BatteryCare mengoptimumkan pengunaan bateri.

Aku selalu mengalami masalah laptop tetiba terpadam disebabkan bateri habis. Ini buat aku jadi tension tambahan pula kalau masa itu aku tengah buat assignment atau main game. Aku cuba cari jalan penyelesaiannya dan akhirnya aku jumpa sesuatu yang dapat menangani masalah aku iaitu BATTERYCARE.

Applikasikan apa yang dipelajari (Accounting)

 
Here is the some of the meaning about name we put in DOTA ALLSTAR =>>
Dividends are payments made by a corporation to its shareholder members
Fixed asset, also known as a non-current asset or as property, plant, and equipment (PP&E), is a term used in accounting for assets and property which cannot easily be converted into cash.
Total Equity is the total of all Ordinary capital, Reserves, Preferences and Minorities. It can also be expressed as net assets i.e. the total assets less the total liabilities.
The return on assets (ROA) percentage shows how profitable a company's assets are in generating revenue.
ROA can be computed as:
\mathrm{ROA} = \frac{\mbox{Net Income + Interest Expense - Interest Tax savings  }}{\mbox{Average Total Assets}}
Return on Equity (ROE, Return on average common equity, return on net worth, Return on ordinary shareholders' funds) (requity) measures the rate of return on the ownership interest (shareholders' equity) of the common stock owners.
\mathrm{ROE} = \frac{\mbox{Net Income after tax}}{\mbox{Shareholder Equity}}
Liability is defined as an obligation of an entity arising from past transactions or events, the settlement of which may result in the transfer or use of assets, provision of services or other yielding of economic benefits in the future.
LOSS may refer = A negative difference between retail price and cost of production.
Current Asset is an asset on the balance sheet which is expected to be sold or otherwise used up in the near future, usually within one year, or one business cycle - whichever is longer. Typical current assets include cash, cash equivalents, accounts receivable, inventory, the portion of prepaid accounts which will be used within a year, and short-term investments.
Total Assets is a sum of current and long-term assets owned by a person, company, or other entity.

    Saturday, February 6, 2010

    "Excellent, Well designed and very useful" itulah Macrium Reflect



    Pros: Salah satu perisian yang berguna dan salah satu perisian yang boleh dilakukan selalu. Restoring to a previous backup is a breeze. Sangat berguna jika ada something dalam komputer korang rosak or there is a bad program installation.

    Wednesday, February 3, 2010

    Safari - Interface menarik seolah-olah anda mengunakan Mac PC atau iPhone



    Safari is a web browser yang dibangunkan oleh Apple. Pertama kali dikeluarkan as a public beta pada Januari 7, 2003 oleh the company's Mac OS X operating system, Safari menjadi browser untuk Apple's. Safari juga digunakan pada sistem operasi iPhone. Antaramuka(interface) yang sangat menarik dan korang akan puas hati melayari internet mengunakan Safari. Safari diantara Web Browser popular selain Mozilla Firefox dan Google Chrome.

    Download Sini => Safari

    Launchy - Buka Applikasi korang dengan pantas



    Launchy adalah sebuah free windows dan linux utility direka untuk membantu korang melupakn tentang start menu korang, ikon-ikon pada desktop korang, dan malah pengurus fail korang.

    Launchy mendaftarkan program-program dalam start menu korang dan boleh melancarkan dokumen-dokumen korang, fail-fail projek, folder-folder, dan penanda buku dengan hanya beberapa ketukan kekunci(keystrokes)!

    Lebih kurang sama dengan Everything, tapi Launchy boleh run kan applikasi dalam komputer korang tanpa korang pergi ke icon yang terdapat pada desktop ataupun start menu.

    Download Sini => Launchy

    Everything - Perisian untuk search file dengan mudah




    Everything - sebuah perisian yang boleh mencari apa sahaja fail dalam komputer anda dalam sekelip mata. Kini setelah setahun lebih aku menggunakan Everything, ia sudah menjadi satu alat yang wajib ada untuk memudahkan urusan komputer aku setiap hari. Hanya key in nama file apa yg korang nak cari, Everything terus mencari di semua hard disk korang yg terdapat dalam komputer korang.Biasanya jika kita ingin mencari satu-satu fail dalam komputer, kita akan menggunakan fungsi Search dalam Windows dengan menekan Ctrl + F. Maka keluarlah karakter animasi anjing yang akan membantu kita untuk mencari fail. Fungsi Search dalam Windows XP ini adalah sangat lambat, dan tidak cekap juga membuatkan komputer kita jadi lambat. Try la kalau tak percaya, pasti korang akan suka.

    Download Sini => Everything

    Sunday, January 31, 2010

    There are no active mixer devices

    I found a fix!

    I had this problem as well. It happened randomly in the middle of downloading music.
    But thanks to some tech help from another site, the fix was pretty easy.

    Go to Start --> Run, and type in services.msc.

    A window will pop up with a list of services. Scroll down to Windows Audio. Right-click
    and click on Properties.

    Make sure that "Startup type" is set to automatic. Also, make sure, under "Service
    status,
    " start is selected. (Mine was somehow set on stopped. I clicked start and
    -- voila! -- it worked.)

    Thursday, January 28, 2010

    MySQL Commands

    Disini aku letak satu senarai perintah-perintah MySQL yang aku selalu guna. Aku letakkan sekali dengan makna dan fungsi command itu dan fungsi-fungsi korang boleh gunakan dalam MySQL.

    Di bawah apabila korang melihat # ia bermakna daripada unix shell. Bila korang melihat mysql> ia bermakna daripada satu MySQL prompt selepas login kepada MySQL.


    Tuesday, January 26, 2010

    Labsheet1

    Ni labsheet untuk Data Structure & Algorithm. Aku letak kat sini untuk share ngan sesape yang perlukan je. Kalau just nak copy and paste pun xde hal. Itu hal korang la. Aku harapkan feedback yang leh kita kongsi sama-sama..

    Try to understand...
    Jangan just nak ambik je. Aku xrugi.....

    Berkabung...Mangkatnya AlMarhum Sultan Iskandar

    Al-fatihah kepada Almarhum Sultan Iskandar(Sultan Johor)...Semoga rohnya dicucuri rahmat...aminnn....

    Kami di UTHM ni sekarang tengah berkabung disebabkan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar. So, kami disini diwajibkan memakai songkok yg dililit dengan kain putih sebagai tanda berkabung. tapi berdasarkan subject hubungan etnik yang aku belajar. berkabung ni adalah tanda kita takziah dan turut bersedih atas kematian seseorang. So sebagai takziah aku, ini yang aku dan warga UTHM buat. Agak pelik la coz ini pertama kali aku buat camni. Masa dok kat kedah aku tak merasa lagi. Aku rasa member aku pun 1st time jugak. Kami pergi shoping songkok(xpenah seumo idup aku!!!). Orang kat kedai pun cakap yg time raya pn tak cmni. Sampai je rumah sume pakai songkok tu. Xbuang-buang, main game pun still pakai...ish..ish..ish.. Ni picture-picture nya(letak picture-picture mcm bnyk plak..hehe)..=)...ni budak tengah main dota..RAMPAGE!!!!!


    Monday, January 25, 2010

    Jangan Ketawa!!!

    JANGAN KETAWA 1 :

    Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang
    sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan
    senjata tajam ke arah si isteri....

    Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
    Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
    Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh
    membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya
    ia berkata, Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang
    yang menjadi korbanku."
    Suami : "Namaku kamal.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."


    JANGAN KETAWA 2 :

    Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat
    badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan
    diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan
    temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM
    1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg! "Gadis keduacuba untuk menimbang,
    dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

    Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel
    cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00..
    mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang. . jangan
    ramai- ramai!"


    JANGAN KETAWA 3 :

    JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di
    tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia
    terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

    Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur.
    Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

    "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya
    pulak putus, kepala pecah, perut terburai...."

    Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
    Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! "


    Cara yang pelik dan menarik sesetengah orang gunakan laptop =D

    Drawing perfect circles



    Nut cracker



    Tempat duduk..bwt telur mata...tempat hukuman..




    tempat burung pun boleh..



    so hargailah laptop anda sebab laptop mempunyai pelbagai fungsi...
    think smart=>

    Light Graffiti

    Here is a fresh batch made by Paulo Antunes. The technique is simple - set a slow shutter speed, wait till it gets dark, take a flash light or any other light source and you are good to go. When making figures you don’t need to repeat the pattern, one stoke to make the line is enough.



    Limit Reservable Bandwidth pada Windows XP korang

    Aku suka bermain dengan benda-benda macam ni,rasa dah macam satu amalan. Bagaimanapun, aku belum dapat membuktikan jika teknik ini akan menunjukkan significant bandwidth boosts in your surfing or online gaming speeds. Aku cakap sebab aku juga penguna broadband, wireless and cable internet connections. Aku mempunyai banyak "PC workstations" dalam laptop sendiri to test the settings. I have never used a Windows XP machine in a dial-up setup as of yet though. Dari segi teori bercakap, benda ni boleh speed-up korang punye Windows XP’s utilization of internet bandwidth, sebab benda ni boleh decrease 20% bandwidth yang digunakan oleh Microsoft untuk update ape-ape dalam window korang.


    BERTUDUNG VS BERFESYEN


    BERTUDUNG VS BERFESYEN



    baju nipis nampak bayang,
    peha gebu saja ditayang,
    lebih baik tak pakai baju senang,
    dah tentu boleh tunjuk terang-terang..



    baju ketat seluar sendat,
    pakai tudung just ikat-ikat,
    dari mula memang bukan adat,
    disudut agama pun gaya tak berkat..


    Graduan Pilihan










    9 ciri graduan yang mampu memenuhi pasaran pekerjaan:


    1. Maju dan berdaya saing
    2. Berketrampilan dan berpersonaliti unggul
    3. Mempunyai pengetahuan dan kelayakan sesuai dengan kerjaya
    4. Menguasai kemahiran komunikasi
    5. Bersikap positif dan bersemangat tinggi
    6. Beretika dan mempunyai integriti tinggi
    7. Mempunyai kemahiran sampingan
    8. Mempunyai kualiti intelektual
    9. Memanfaat kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

    Adakah ANDA memiliki ciri-ciri di atas???...masih belum terlambat untuk memiliki ciri-ciri tersebut ! !

    6 TEKA TEKI IMAM GHAZALI

    1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
    2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
    3. Apakah yang paling besar di dunia?
    4. Apakah yang paling berat di dunia?
    5. Apakah yang paling ringan di dunia?
    6. Apakah yang paling tajam di dunia?
    Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

    Cecacing atau worm

    Worm pula atau cecacing adalah perisian yang boleh menghantar kandungannya kepada komputer lain samaada melalui jaringan atau email. Kandungan cecacing juga boleh mengandungi virus contoh cecacing adalah seperti worm Happy99. Mellisa dan Love Bug

    Trojan Horse

    Trojan horse atau kuda trojan adalah perisian yang digunakan untuk memperdayakan mangsa supaya memuat turunkan virus. Tidak ada siapa yang akan memuat turunkan virus atau worm dengan sengaja. Oleh itu tidak ada perisian yang mengandungi virus yang menamakan fail mereka "aku lah virus.exe"

    Kebanyakaannya menamakan perisian mereka nama yang kita tidak sangka yang ianya adalah virus .Sebagai contoh, macro virus yang terdapat didalam word kadangkala dihantar sebagai perisian permainan. Ini adalah seperti juga zaman penaklukan Rusia di Afganistan dimana bom dimasukkan kedalam anak patung atau permainan. Ianya akan meletup jika ianya digerakkan

    Spyware

    Apa itu spyware? Spyware adalah perisian kecil (small software) untuk mencari maklumat di dalam pc melalui internet connection tanpa pengetahuan mangsa (pemilik pc tersebut), selalunya bagi tujuan pengiklanan. Spyware biasanya terselit bersama perisian Freeware atau Shareware yang boleh di muat turun (download) melalui internet. Tetapi bukan semua perisian Freeware atau Shareware mengandungi spyware (sebahagian kecil saja). Apabila spyware wujud di dalam pc, spyware ini akan memantau setiap aktiviti melalui internet dan akan menghantar maklumat (di belakang tabir) tanpa pengetahuan mangsa (victim) kepada seorang. Spyware boleh mencari maklumat tentang e-mail, password & no. kad kredit.

    Spyware menyerupai Trojan Horse. Seseorang tidak akan mengetahui wujudnya spyware di dalam pc selepas install sesuatu perisian. Biasanya perisian-perisian yang dibeli (bukan original) & download melalui internet adalah berpotensi mengandungi spyware di dalamnya. Pengguna internet yang kerap menggunakan perisian peer-to-peer adalah berpotensi untuk menjadi mangsa spyware.

    Spyware juga dapat mencuri maklumat melalui memori komputer dan bandwidth internet. Oleh sebab itu, spyware boleh menyebabkan sistem komputer rosak (crash) atau sistem menjadi tidak stabil. Kebanyakan spyware tidak dapat di kesan oleh perisian anti-virus biasa.

    Antara tanda pc mengandungi spyware ialah, apabila kita membuka web browser (biasanya Internet Explorer), kita akan dibawa ke web iklan. Ataupun terdapat tanda-tanda di mana pc kita tidak lagi berfungsi seperti sediakala (selalunya berkaitan dengan kelajuan pc, di mana pc menjadi semakin lembab).