Pages

Monday, January 25, 2010

Jangan Ketawa!!!

JANGAN KETAWA 1 :

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang
sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan
senjata tajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh
membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya
ia berkata, Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang
yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku kamal.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."


JANGAN KETAWA 2 :

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat
badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan
diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan
temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM
1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg! "Gadis keduacuba untuk menimbang,
dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel
cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00..
mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang. . jangan
ramai- ramai!"


JANGAN KETAWA 3 :

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di
tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia
terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur.
Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya
pulak putus, kepala pecah, perut terburai...."

Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! "




JANGAN KETAWA 4 :

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian.... lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli
tempatan...

Samdol :"Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia
tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan
cuba menawarinya. .

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"


JANGAN KETAWA 5 :

Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital . lalu doktor
itu bertanya kepada org gila yg pertama, "apa yg kau mahu bawa jika berada
di gurun", orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh
berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan

Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab
" saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum" lalu org gila
itu dilepaskan.

Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia
menjawab" saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh
menurunkan cermin tingkap..." lalu org gila itu dimasukkan kembali ke
hospital"

0 komen:

Post a Comment