Pages

Friday, April 2, 2010

Jentik

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu.
Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara.
Kuda ni memang pandai giler.. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi
lagu Hattan dia nyanyi itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.

Gembala Kambing

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya. Datang seorang pemuda lalu bertanya,
"Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?"
"Oh, boleh saja" kata gembala itu.
Orang itu berkata, "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?" tanya gembala.
"Yang putih."

Evolusi Bahasa

Perubahan bahasa yang simbolik...

Bahagian
A adalah cara percakapan semasa zaman diraja.
B pula zaman sekarang
C pula cara perbualan budak-budak remaja zaman sekarang.

#1
(A) Sayugia ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas.
(C) Wa cakap sama lu... lu kalau mao kropok dia... lu kropok jangan kasi lebam beb.

Peribahasa Moden

     1. ke mana tumpah nye kuah kalau tidak ke bawah
     2. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnye tak dapat masuk olimpik juga
     3. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian cukai pendapatan
     4. tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
     5. tiada rotan pelempang berguna juga
     6. biar lambat asalkan tak cepat
     7. biar putih tulang jangan kuning gigi
     8. di mana ada gula di situ adalah gula-gula
     9. jauh di mata dekat di mata-mata
     10. kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
     11. carik2 bulu ayam lama2 jadi shuttlecock
     12. secupak takkan jadi 18 cupak
     13. gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia
     14. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut
     15. harapkan pagar, pagar tak boleh harap
     16. habis madu, sepah jgn dibuang merata-rata
     17. alang2 mandi, biar guna sabun
     18. berapa berat mata memandang berat lagi seguni beras
     19. cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa2 pun
     20. diam2 ubi berisi diam2 orang bisu
     21. hendak seribu daya tak hendak tak apa
     22. hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong
     23. hidup segan mati ditanam
     24. ikut hati mati, ikut rasa merasa
     25. lembu punya susu, cap teko dpt nama
     26. patah tumbuh, hilang report polis
     27. sambil menyelam tengok kapal selam
     28. sehari selembar benang, lama2 benang habis
     29. jika kail panjang sejengkal, beli ler yang panjang sikit kalau nak mengail di laut
     30. membujur lalu melintang pukang
     31. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan..
     32. sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
     33. kecil2 cili padi, kecil lagi biji cili
     34. kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah
     35. berat sama dipikul, ringan angkat sorang-sorang

Mengenal Lelaki Melalui Ciumannya

Berikut adalah panduan-panduan mengenal lelaki melalui cara dia mencium anda.

1. Matanya Tertutup. 
Dia adalah lelaki yang terdorong oleh fantasi bila dia mencium anda. Dia juga adalah lelaki yang romantik dan mudah menjadi mesra dalam perhubungan.

2. Matanya Terbuka.
Dia berhati-hati dalam meluahkan emosinya. Dia adalah lelaki yang mempunyai kecenderungan untuk mengongkong sesuatu perhubungan.

3. Mencium Dengan Kuat.
Lelaki ini cuba menutup kelemahannya dengan mendominasi atau mengongkong apa yang anda lakukan.

4. Mencumbu Lidah.
Cumbuan lidah biasanya mengiringi keghairahan yang tinggi. Lelaki ini cenderung untuk mengongkong anda apabila dia menusukkan lidahnya ke arah kerongkong anda. Jika dia membenarkan anda juga memasukkan lidah ke dalam mulutnya, dia adalah lelaki yang boleh berlebih kurang dengan anda.

5. Membelai sambil mencium.
Dia lelaki yang tahu bahawa kuasa seksual sebenar ialah melalui kelembutan dan kehalusan. Dia adalah penyabar dan peka terhadap kemahuan anda, dana dapat menawarkan apa yang anda paling sukai. Dia dianggap matang dari segi seks dan juga emosi.

--------------------------------------------------------------------------------

Mengenal Lelaki Disamping Anda

Lelaki yang berada di samping anda itu bukanlah hanya sebuah lembaga tubuh yang sekian ketinggianya, ikal atau lurus rambutnya, putih atau hitam kulitnya. Itu bukanlah insan yang sebenar yang ingin anda kenali. Insan sebenar itu adalah himpunan dari keseluruhan kegiatan-kegiatannya yang terselindung maknanya dan bersambungan lakunya.

Lelaki itu, tidak kira siapa namanya, berapa umurnya, adalah satu himpunan dunia pengalaman yang unik. Apa yang telah di alaminya tidak pernah dan tidak akan di alami oleh insan lain. Lelaki itu adalah hasil satu himpunan perasaan, gedung kenangan lampau dan juga kegigihan harapan masa depan. Dalam dirinya ujud kehidupan dan harapan yang tidak kujung padam, juga terpendam kekuatan tenaga-tenaga yang baru saja dihidupkan. Sembilan persepuluh dari bakatnya belum lagi tersentuh atau diteroka.

Walaupun lelaki itu takut, dia perlu memperkenalkan dirinya kepada alam agar alam mengenalinya seperti mana dan setakat mana dia mengenali dirinya sendiri. Dia melakukan itu agar dia dapat mengenali dirinya dan dikenali dengan lebih mantap dan mesra, hingga ke peringkat yang tidak mampu dilahirkan dengan kata-kata.

Pada diri lelaki itu ujud satu masyarakat yang  tersendiri. Masih ujud ibubapa, ayah, kawan  sahabat, taulan seperjuangan, rakan sepermainan serta setiap dan kejadian yang  pernah melintasi hidupnya. Semuanya itu masih terbenam jauh di lubuk dirinya.

Walaupun mungkin penglibatannya kecil, dia adalah  insan yang turut mencipta sejarah. Dia cuba mencipta sejarah seolah-olah seperti cuba menyeberangi samudera yang menggunung ombaknya. Dia masih mencuba membina satu dunia yang lebih aman bukan hanya untuk kepentingan dirinya sendiri tetapi juga untuk generasi mendatang.

Jauh dilubuk jiwanya, lelaki di samping anda mempunyai amanah yang diliputi oleh lapisan-lapisan persetujuan dan kewibawaan. Walau pun begitu, mana tahu pada satu hari nanti, setelah terpaksa mengakui keujudan kekejaman dunia, atau mengakui bahawa hidupnya tidak sesempurna mana dan begitu juga keperibadiannya,dia mungkin berkata "Meskipun begitu ... aku masih seorang insan yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan, dan aku mengharap serta berusaha ke arah kesempurnaan." Dan anda tahu bahawa dia juga adalah seorang manusia biasa seperti anda. Berilah dia peluang untuk memperbaiki dirinya.

Bukanlah dia hanya mahu hidup di dunia ini untuk dirinya sendiri tetapi juga untuk anda dan insan lain. Dia boleh berhadapan, cuba mengatasi masalah, atau cuba  memahami anda jika itulah kehendak anda. Sebaliknya dirinya perlu juga difahami, terutamanya oleh anda, kerana jika anda tidak memahaminya, dirinya akan terhalang untuk bermesra dengan anda, dan selain anda, siapa lagi yang sepatutnya lebih mesra padanya?


--------------------------------------------------------------------------------

Lelaki dan Tarikh Kelahiran

--------------------------------------------------------------------------------
 
Pada umumnya lelaki ini bersifat pendiam dan konservatif. Namun dengan orang-orang yang tertentu dia cepat mesra. 
Tapi lelaki yang lahir tarikh ini mudah terperasan, kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. 

Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya ketika sedang berhubung dengan orang ramai.

Dalam banyak hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.

Tapi hati-hati, kadangkala dia lebih memetingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan seandainya sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

--------------------------------------------------------------------------------

***Lahir Pada: 2, 11 dan 30 Haribulan***

--------------------------------------------------------------------------------

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. 
Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut dan ramah. 

Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya, namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. 

Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis, sering mengalah sebelum mencuba. 

Oleh itu mesti ada yang menolongnya agar dia tidak terus terjebak dengan sikapnya itu.  

--------------------------------------------------------------------------------

***Lahir Pada: 3, 18 dan 29 Haribulan***

--------------------------------------------------------------------------------
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri khas bagi lelaki yang lahir pada tarikh ini.
Tapi jangan cuba mempermainkannya, dia mengamuk dengan hebat. 

Dia tergolong dalam lelaki yang bijkasana dan bertanggungjawab. Sifat jujur dan ramah adalah modalnya untuk bergaul.

Tapi dalam soal cinta, dia merupakan lelaki yang susah untuk dimengertikan. 

Lelaki jenis ini suka kepada gadis yang bersifat keibuan, berwajah sederhana daripada gadis tomboy yang rupawan.

--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 4 dan 13 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Lelaki yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.
Dalam soal cinta, dia tergolong lelaki yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya.

Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.

Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakan.

--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 5 dan 17 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecenderungan untuk berprestasi.  
Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang dingininya selalunya mesti dipenuhi.  

Memandang sesuatu dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangya dia suka menganggap remeh pada orang lain.  

 


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 6, 14 dan 27 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Dia adalah seorang yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. 
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. 

Dalam soal cinta dia ingin memberikan yang terbaik kepada orang yang dicintainya. 

Namun begitu harga dirinya sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 


--------------------------------------------------------------------------------


Lahir Pada: 7, 28 dan 31 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Dia adalah seorang yang bersikap terbuka, berterus-terang dan jujur.
Namun begitu dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu dengan cara mudah.


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 8 dan 23 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Dia bersifat peramah dan mudah perasa, kepada teman-teman dia bersifat lembut dan bijaksana.
Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal.

Dia memerlukan suasana yang seimbang, baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.

Kelemahannya yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui oleh perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.

Dalam urusan cinta, lelaki jenis ini ialah seorang yang tabah dan rela berkorban.


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 10, 16 dan 21 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Suka bekerja keras, memiliki usaha yang tinggi dalam usaha mecapai cita-citanya.
Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.

Namun begitu dia tergolong dalam jujur dan tabah menghadapi persoalan.

Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi.

Tapi dia adalah lelaki yang terlalu cemburu.

Kalau baik dia sangat baik, kalau jahat dialah yang paling jahat.


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 12 dan 19 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Lelaki yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. 
Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi, kerana itulah dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. 

Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah lelaki yang disegani kerana bakat kepimpinannya. 

Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. 

Dalam urusan cinta, dia adalah lelaki yang sangat susah dipercayai. 


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 15, 20 dan 26 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Jangan mengharap sifat romantis dari lelaki jenis ini.
Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu masalah.

Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama huru-hara.

Dalam percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat akan gadisnya.

Namun begitu sikapnya amat disenangi oleh gadis-gadis.


--------------------------------------------------------------------------------
Lahir Pada: 22 dan 25 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dibenci kerana perbuatannya.
Namun buat teman-teman dia merupakan orang yang penuh pengertian.

Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendah diri, jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain.

Lelaki jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.


--------------------------------------------------------------------------------

Bolehkah Wanita Mengubah Perangai Lelaki

Menurut majalah Ibu (Feb. 1990) dalam kebanyakan kes, isteri cuba mengubah perangai suaminya kerana kelemahan suami itu mendatangkan masalah dalam hidupnya dan menggagalkan harapannya untuk mendapatkan sesuatu. Sekiranya suaminya berubah perangai, isteri itu yakin bahawa keadaan rumahtangga akan menjadi bertambah baik.

Cubaan isteri untuk mengubah suaminya akan bermula dari teguran-teguran dan kritikan-kritikan mengenai kelemahan suaminya.

Teguran-teguran itu dibuat atas keyakinan bahawa ia adalah untuk kebaikan suami dan sebagai bukti bahawa dia sayangkan suaminya.

Namun yang dipertikaikan oleh lelaki dan menyebabkan lelaki sukar berubah bukanlah teguran itu, tetapi cara teguran itu dibuat. Lelaki lebih suka ditegur dengan cara lemah lembut dan berdiplomasi.

Sebagai isteri patutlah seorang wanita menasihatkan suaminya dengan cara yang yang baik, itu tergolong kepada tanggungjawab isteri.

Mudah-mudahan suami akan menyedari kelemahannya dan berubah. Namun begitu jika suami terus-menerus dengan perangai lamanya, isteri tiada pilihan lain melainkan belajar pula untuk menerima suaminya dengan keadaan sedemikian.

Bukanlah menjadi tanggungjawab isteri lagi untuk mendesak suaminya agar berubah kerana ia berkemungkinan besar akan mendatangkan keburukan.

Terdapat 4 sebab mengapa isteri tidak harus mendesak atau memaksa suaminya agar berubah, sebagaimana berikut:

1. Ia boleh menyebabkan masalah perkahwinan.

Suami akan menganggap bahawa isteri tidak puashati dengan sikapnya dan tidak merestuinya. Apabila ini berlaku suami menganggap bahawa isteri telah mulai membenci dan cuba mencari-cari kesilapannya. Suami akan membina benteng antara dia dan isteri, menjauhkan diri, tidak lagi berbual mesra dan mungkin menunjukkan sikap-sikap yang berlawanan dari kebiasaan. Egonya akan tercabar, suami akan merasa tidak selamat.

2. Ia boleh memusnahkan rasa cinta.

Hubungan suami isteri akan menjadi dingin dan ada pula rumahtangga yang mana cinta telah musnah.

3. Ia boleh menyebabkan suami menentang.

Suami akan menentang kerana dia cuba mengekalkan rasa kebebasannya.

4. Ia tidak akan menemui kejayaan yang diharapkan.

Lelaki tidak akan berubah dengan cara desakan dari isteri. Jika ia berubah, itu bukan bersebab dari desakan isterinya tetapi dari sebab-sebab yang lain. Mungkin juga atas kesedarannya sendiri untuk berubah hasil memikirkan sendiri mengenai keburukan perilakunya.


--------------------------------------------------------------------------------

Apa Yang Lelaki Cari Pada Wanita

--------------------------------------------------------------------------------

Lelaki mahukan wanita yang bijak dan bekerja tetapi yang lebih penting ialah wanita yang dapat mendorong dan mengurangkan kemungkinan membabitkan lelaki itu ke kancah tekanan yang dihadapi oleh kaum wanita.
--------------------------------------------------------------------------------

Lelaki lebih suka memilih pasangan yang jauh lebih muda dari umur mereka dan jika boleh wanita itu tidak pernah mempunyai teman lelaki dan bergaul dengan lelaki.
--------------------------------------------------------------------------------

Lelaki suka memilih wanita yang senantiasa nampak kemas, bersih dan cantik untuk menjadi teman hidup. Wanita yang suka berjenaka dan boleh bergurau, merasa gembira apabila bersama dan menyenangkan, seksi, mementingkan perhubungannya bersama lelaki itu, menyanjung tinggi teman lelakinya, bersikap terbuka dan boleh berbicara mengenai semua perkara, punya sifat keibuan dan lelaki tidak merasa bimbang ketika pergi bekerja, dan menganggap bahawa lelaki itu penting dalam kehidupan di dunia ini.
--------------------------------------------------------------------------------

Lelaki mula tidak suka pada wanita yang bebas pergaulannya, lebih mementingkan anak dari suami, tidak berminat dalam hal seks, terlalu dingin atau agresif, mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi dari lelaki, suka berleter dan terlalu emosional, tidak memberikan perhatian kepada mereka.
--------------------------------------------------------------------------------