Pages

Friday, April 2, 2010

Lelaki dan Tarikh Kelahiran

--------------------------------------------------------------------------------
 
Pada umumnya lelaki ini bersifat pendiam dan konservatif. Namun dengan orang-orang yang tertentu dia cepat mesra. 
Tapi lelaki yang lahir tarikh ini mudah terperasan, kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. 

Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya ketika sedang berhubung dengan orang ramai.

Dalam banyak hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.

Tapi hati-hati, kadangkala dia lebih memetingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan seandainya sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

--------------------------------------------------------------------------------

***Lahir Pada: 2, 11 dan 30 Haribulan***

--------------------------------------------------------------------------------

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. 
Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut dan ramah. 

Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya, namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. 

Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis, sering mengalah sebelum mencuba. 

Oleh itu mesti ada yang menolongnya agar dia tidak terus terjebak dengan sikapnya itu.  

--------------------------------------------------------------------------------

***Lahir Pada: 3, 18 dan 29 Haribulan***

--------------------------------------------------------------------------------
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri khas bagi lelaki yang lahir pada tarikh ini.
Tapi jangan cuba mempermainkannya, dia mengamuk dengan hebat. 

Dia tergolong dalam lelaki yang bijkasana dan bertanggungjawab. Sifat jujur dan ramah adalah modalnya untuk bergaul.

Tapi dalam soal cinta, dia merupakan lelaki yang susah untuk dimengertikan. 

Lelaki jenis ini suka kepada gadis yang bersifat keibuan, berwajah sederhana daripada gadis tomboy yang rupawan.

--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 4 dan 13 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Lelaki yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.
Dalam soal cinta, dia tergolong lelaki yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya.

Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.

Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakan.

--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 5 dan 17 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecenderungan untuk berprestasi.  
Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang dingininya selalunya mesti dipenuhi.  

Memandang sesuatu dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangya dia suka menganggap remeh pada orang lain.  

 


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 6, 14 dan 27 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Dia adalah seorang yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. 
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. 

Dalam soal cinta dia ingin memberikan yang terbaik kepada orang yang dicintainya. 

Namun begitu harga dirinya sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 


--------------------------------------------------------------------------------


Lahir Pada: 7, 28 dan 31 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Dia adalah seorang yang bersikap terbuka, berterus-terang dan jujur.
Namun begitu dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu dengan cara mudah.


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 8 dan 23 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Dia bersifat peramah dan mudah perasa, kepada teman-teman dia bersifat lembut dan bijaksana.
Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal.

Dia memerlukan suasana yang seimbang, baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.

Kelemahannya yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui oleh perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.

Dalam urusan cinta, lelaki jenis ini ialah seorang yang tabah dan rela berkorban.


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 10, 16 dan 21 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Suka bekerja keras, memiliki usaha yang tinggi dalam usaha mecapai cita-citanya.
Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.

Namun begitu dia tergolong dalam jujur dan tabah menghadapi persoalan.

Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi.

Tapi dia adalah lelaki yang terlalu cemburu.

Kalau baik dia sangat baik, kalau jahat dialah yang paling jahat.


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 12 dan 19 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Lelaki yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. 
Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi, kerana itulah dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. 

Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah lelaki yang disegani kerana bakat kepimpinannya. 

Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. 

Dalam urusan cinta, dia adalah lelaki yang sangat susah dipercayai. 


--------------------------------------------------------------------------------

Lahir Pada: 15, 20 dan 26 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Jangan mengharap sifat romantis dari lelaki jenis ini.
Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu masalah.

Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama huru-hara.

Dalam percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat akan gadisnya.

Namun begitu sikapnya amat disenangi oleh gadis-gadis.


--------------------------------------------------------------------------------
Lahir Pada: 22 dan 25 Haribulan
 

--------------------------------------------------------------------------------
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dibenci kerana perbuatannya.
Namun buat teman-teman dia merupakan orang yang penuh pengertian.

Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendah diri, jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain.

Lelaki jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.


--------------------------------------------------------------------------------

0 komen:

Post a Comment