Pages

Monday, January 25, 2010

Cecacing atau worm

Worm pula atau cecacing adalah perisian yang boleh menghantar kandungannya kepada komputer lain samaada melalui jaringan atau email. Kandungan cecacing juga boleh mengandungi virus contoh cecacing adalah seperti worm Happy99. Mellisa dan Love Bug

Trojan Horse

Trojan horse atau kuda trojan adalah perisian yang digunakan untuk memperdayakan mangsa supaya memuat turunkan virus. Tidak ada siapa yang akan memuat turunkan virus atau worm dengan sengaja. Oleh itu tidak ada perisian yang mengandungi virus yang menamakan fail mereka "aku lah virus.exe"

Kebanyakaannya menamakan perisian mereka nama yang kita tidak sangka yang ianya adalah virus .Sebagai contoh, macro virus yang terdapat didalam word kadangkala dihantar sebagai perisian permainan. Ini adalah seperti juga zaman penaklukan Rusia di Afganistan dimana bom dimasukkan kedalam anak patung atau permainan. Ianya akan meletup jika ianya digerakkan

Spyware

Apa itu spyware? Spyware adalah perisian kecil (small software) untuk mencari maklumat di dalam pc melalui internet connection tanpa pengetahuan mangsa (pemilik pc tersebut), selalunya bagi tujuan pengiklanan. Spyware biasanya terselit bersama perisian Freeware atau Shareware yang boleh di muat turun (download) melalui internet. Tetapi bukan semua perisian Freeware atau Shareware mengandungi spyware (sebahagian kecil saja). Apabila spyware wujud di dalam pc, spyware ini akan memantau setiap aktiviti melalui internet dan akan menghantar maklumat (di belakang tabir) tanpa pengetahuan mangsa (victim) kepada seorang. Spyware boleh mencari maklumat tentang e-mail, password & no. kad kredit.

Spyware menyerupai Trojan Horse. Seseorang tidak akan mengetahui wujudnya spyware di dalam pc selepas install sesuatu perisian. Biasanya perisian-perisian yang dibeli (bukan original) & download melalui internet adalah berpotensi mengandungi spyware di dalamnya. Pengguna internet yang kerap menggunakan perisian peer-to-peer adalah berpotensi untuk menjadi mangsa spyware.

Spyware juga dapat mencuri maklumat melalui memori komputer dan bandwidth internet. Oleh sebab itu, spyware boleh menyebabkan sistem komputer rosak (crash) atau sistem menjadi tidak stabil. Kebanyakan spyware tidak dapat di kesan oleh perisian anti-virus biasa.

Antara tanda pc mengandungi spyware ialah, apabila kita membuka web browser (biasanya Internet Explorer), kita akan dibawa ke web iklan. Ataupun terdapat tanda-tanda di mana pc kita tidak lagi berfungsi seperti sediakala (selalunya berkaitan dengan kelajuan pc, di mana pc menjadi semakin lembab).

0 komen:

Post a Comment