Pages

Monday, January 25, 2010

Mari Membaiki....

TROUBLESHOOTING



JANGAN PANIK:





Bila sesuatu yang tidak betul berlaku kepada komputer, anda perlu mengalih pandangan dengan melakukan perkara lain. Dengan cara ini, anda akan merasa tenang dan lebih bersedia untuk melakukan sesuatu dengan mengikuti langkah-langkah berikutnya.





HARAP SESUATU YANG LUAR BIASA AKAN BERLAKU:





Terdapat juga banyak kejadian yang tidak dapat diterangkan dengan mudah, tetapi sering berlaku. Kadangkala bila anda dapati masalah dengan komputer anda, anda hanya perlu mematikan suis pada komputer dan hidupkan semula selepas seketika dan anda mendapati segala masalah yang dihadapi sebelumnya akan hilang. Komputer anda dapat berfungsi seperti sediakala.








PERMUDAHKAN MASALAH:





Apabila didapati komputer anda mengalami masalah, bukan semua bahagian yang terdapat di dalam komputer menjadi penyebab. Selalunya cuma satu komponen tertentu sahaja yang menjadi penyebab. Contohnya bila anda tidak dapat mencetak dokumen tertentu, punca masalah mungkin disebabkan perisian, pencetak, kabel dari komputer kepada pencetak atau bagaimana anda membuat "setup" terhadap Windows. Semak "error massage" yang dipaparkan dan cuba tutup dan buka semula komputer. Sekiranya masih juga tidak dapat mencetak, cuba keluar dari Applikasi Windows dan cetak dengan menggunakan arahan dalam DOS. Semua langkah yang disarankan diatas bertujuan untuk memudahkan masalah dan mencari penyebab kepada masalah tersebut. Antara langkah-langkah yang boleh digunakan untuk memudahkan masalah adalah seperti berikut:





Buat agakan untuk menentukan apakah komponen yang besar kemungkinan menjadi penyebab kepada masalah tersebut. Asingkan masalah tersebut kepada masalah perkakasan atau perisian. Misalnya jika monitor tidak mempamirkan paparan yang sepatutnya, kemungkinan yang bermasalah ialah mungkin monitor atau "video adapter".





Semak apakah perubahan terkini yang telah anda lakukan kepada komputer anda. Kesan-kesan dari instalasi kad baru atau "driver" kepada perkakasan tertentu tidak ditunjukkan dengan serta merta. Kesan yang lain akibat dari pertambahan ini ialah kita perlu membuat perubahan kepada CONFIG.SYY atau AUTOEXEX.BAT Atas alasan ini, kita perlu membuat "back-up" kepada kedua-dua fail ini sebelum menambah perkakasan baru. Jika anda memasukkan perisian yang berasaskan Windows, anda juga perlu back-up WIN.INI dan SYSTEM.INI. Dengan cara ini, jika terjadi sesuatu, kita boleh melakukan proses menyalin semula.





Perisian atau perkakasan?. Kebanyakan daripada masalah yang timbul disebabkan oleh perisian dan "Memory conflicts". Uji komputer dengan perisian yang berbeza sebelum anda beralih kepada perkakasan.Tukar komponen dari komputer yang lain. Uji semula komputer anda dengan mengambil komponen dari komputer yang baik dan cuba kepada komputer yang rosak. Adakah masalah yang anda hadapi dapat di atasi?. Sekiranya ia dapat diatasi ganti komponen tersebut.





PROSES "BOOT-UP".





Paparan dimonitor semasa ujian POST dan semasa komputer melaksanakan program dari CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT selalunya dapat membantu kita mengenali masalah. Selalunya paparan ini akan digulung dengan cepat dan anda perlu menekan kekunci F5 untuk mendapat paparan dalam bentuk baris demi baris. Anda perlu menjawab soalan yang dipaparkan untuk bergerak ke baris berikutnya. Dengan cara ini segala mesej yang dipaparkan dapat dianalisis. Dengar juga bunyi yang dihasilkan semasa proses "boot-up", bunyi "beep" yang dihasilkan juga dapat memberi maklumat.







MEMASTIKAN SEMUA PERANTI DI "PLUG":





Nampaknya ia merupakan sesuatu yang remeh. Bila anda berada dalam keadaan sibuk, mungkin anda terlupa untuk memastikan perkara ini.







PEMERIKSAAN KABEL DAN SWITCH:





Kabel yang tidak di skrew akan longgar selepas beberapa ketika. Ini lebih ketara bagi kabel yang disambungkan terus daripada "controller card" kepada Peranti dalaman.







PEMERHATIAN FIZIKAL(PANAS-OVERHEATING) DAN SEJUK:







Untuk menguji tanda-tanda ini, matikan komputer anda lebih kurang 1 jam dan hidupkan semula. Adakah masalah yang anda hadapi berlaku semula dengan serta merta atau selepas beberapa ketika. Jika ianya berlaku selepas beberapa ketika, ini menunjukkan terdapat komponen yang tidak berfungsi bila ianya terlalu panas. Faktor utama yang menjadi penyebab ialah lapisan habuk yang terkumpul. Pastikan dengan merasa komponen tertentu dan bersihkan dengan "canned air".





PEMBERSIHAN SAMBUNGAN DAN MELETAKKAN KAD TAMBAHAN:





Pada hakikatnya semua "expension board" diletakkan dengan kuat pada soket. Perubahan suhu sering kali menyebab sambungan ini menjadi longgar. Bersihkan dengan menggunakan pencuci bukan pelincir. Jangan gunakan kapas atau lain-lain alat yang meninggalkan gentian pada komputer. Gunakan "lint-free Swabs" untuk mencuci. Juga boleh digunakan pencuci cecair pelincir untuk membersihkan dengan alasan ianya dapat membantu memudahkan cip dimasukkan ke soketnya. Kebenarannya, jika ianya mudah dimasukkan, ianya juga mudah dikeluarkan. Selain dari itu, pelincir juga berfungsi sebagai pengumpul habuk. Bersihkan semua habuk yang terdapat pada penyambung kabel di kad tambahan, pemacu dan lain-lain peranti.







LETAK SEMULA (RESEAT) CHIP KE DALAM SOKET:





Semak semula semua chip yang terdapat di papan utama. Setengah chip ini dilekatkan terus kepada papan utama dan setengahnya pula di masukkan ke dalam soket yang dipaterikan kepada papan utama. Chip yang dimasukkan ke dalam soket seringkali mengalami masalah. Penyebab utama kepada masalah ini ialah perubahan suhu. Pastikan ianya diletak semula dengan sumpurna dengan menekan pada kedudukannya. Adalah sangat penting untuk menyokong papan litar semasa menekan untuk mengelakkannya dari bengkok dan memutuskan sambungan.





GANGGUAN ELEKTRIK



Masalah seperti kursor bergerak sendiri walaupun tetikus tidak digerakkan dan paparan pada monitor tidak sempurna adalah disebabkan faktor ini. Jauhkan alat-alat tersebut untuk mengelak gangguan.







PENGURANGAN SAMBUNGAN SUMBER KUASA:





Kadang-kadang sumber kuasa disambungkan kepada pemacu-pemacu dan slot tambahan yang berbagai. Dengan itu keperluan terhadap bekalan kuasa melebihi dari apa yang dapat dibekalkan oleh sumber bekalan kuasa. Bunyi beep yang berterusan semasa boot-up adalah tanda masalah yang melibatkan bekalan kuasa (Rujuk langkah d). Bekalan kuasa anda mungkin tidak dapat melayan semua keperluan, dengan itu anda perlulah membuang sambungan kepada komponen-komponen yang kurang penting. atau menukar kotak bekalan kuasa kepada yang lebih berupaya.





PENGGANTIAN BATERI CMOS:





Bila komputer melalui proses boot-up, isyarat dihantar untuk menguji kehadiran jenis-jenis perkakasan tertentu dan membandingkan dengan maklumat yang disimpan di dalam CMOS. Maklumat yang disimpan di dalam CMOS terus kekal dengan kehadiran bekalan kuasa dari bateri walaupun kita mematikan komputer. Jika bateri tidak di paterikan pada pemegang. Anda boleh menggantikannya dengan bateri baru yang sesuai. (semak manual yang disertakan bersama )





MASALAH BEKALAN KUASA ARUS ULANG ALIK (AC)






Simtom


Jangkaan


Penyelesaian


§ Tiada gerak balas dari sistem:

§ Tiada paparan

§ Tiada lampu pada

§ papan kekunci

§ Tiada bunyi kipas

§ Tiada beep

§ Mesej ralat 01x atau 02x


Bekalan kuasa tidak sampai


Ganti soket
Ganti kabel kuasa
Pastikan bekalan kuasa sesuai (110/220 V)









BEKALAN KUASA ARUS TERUS (DC)




Simtom


Jangkaan


Penyelesaian


§ Terdapat tanda-tanda ada bekalan kuasa tetapi sistem tidak beroperasi

§ Kipas bermula dan berhenti

§ Mesej ralat 01x atau 02x

§ Selepas komputer bermula dengan baik, ianya berhenti secara tiba-tiba


§ Sambungan kuasa

§ Pemilihan sumber kuasa masuk tidak betul sama ada 110V atau220 V


§ Semak sambungan

§ Set voltan dengan tepat

§ Ganti bekalan kuasa

§ Semak sistem adakah ia terlalu panas.










BATERI







Simtom


Jangkaan


Penyelesaian


§ Hilang tarikh/masa, memori, atau maklumat berhubung dengan sistem cakera

§ Mesej ralat 01x, 02x, 102, 103, 161,162,163,164,199 atau 17xx

§ Bunyi beep yang panjang

§ Ralat CMOS RAM

§ Ralat Saiz Memori

§ Ralat dalam konfigurasi pemacu cakera


§ Bateri di dalam PC
§ Cip CMOS RAM


§ Ganti bateri
§ Ganti cip CMOS RAM









RALAT MEMORI






Simtom


Jangkaan


Penyelesaian


§ Ralat dalam saiz memori

§ Memori tidak mencukupi

§ Ralat Dua beep pendek Mesej 2xx.

§ Parity check 1 or 2, atau ?????

§ Sistem pegun (Hang)


§ Cip memori longgar

§ CMOS setup

§ Kerosakan cip memori/kad

§ Cip memori tambahan


§ Ketatkan cip memori pada soketnya

§ Ketatkan kad memori

§ Semak CMOS

§ Ganti cip memory atau kad








RALAT CAKERA






Simtom


Jangkaan


Penyelesaian


§ Ralat Mesej dalam lingkungan 6xx atau 73xx


§ Pemacu cakera liut

§ Kad adapter pemacu cakera liut


§ Semak bekalan kuasa ke pemacu dan kabel data

§ Tukar pemacu

§ Semak sambungan dari adapter ke papan utama

§ Ganti kad adapter


§ Ralat Mesej dalam lingkungan 17xx atau 104xx


§ Pemacu cakera keras

§ Kad adapter pemacu cakera keras


§ Semak bekalan kuasa ke pemacu dan kabel data

§ Tukar pemacu

§ Semak sambungan dari adapter ke papan utama

§ Ganti kad adapter


§ Non-system Disk or disk error


§ Cakera yang tidak ada fail sistem berada di dalam pemacu A
§ Hilang fail sistem


§ Keluarkan cakera liut dari pemacu A
§ Laksanakan program sys untuk masukkan sistem


§ General error reading drive X

§ Invalid drive spesification

§ Drive not ready


§ Pemecu gagal berfungsi

§ Cakere tidak diformat

§ Tingkap pemacu tidak ditutup


§ Gantikan pemacu cakera atau cakera
§ Tutup tingkap pemacu yang berkaitan



MASALAH PAPARAN BIASA




Simtom


Jangkaan


Penyelesaian


§ Tiada Paparan


§ Penyambung bekalan kuasa

§ Kabel paparan ke adapter

§ Monitor

§ CMOS SETUP bagi mode video

§ Kad video mungkin rosak


§ Jika tiada beep, masalah papan utama

§ Beep lebih dari satu kali dan error massage menunjukkan "video setting" tidak betul atau kad video rosak


§ Satu beep pendek

§ Satu beep panjang dan dua pendek


§ Papan utama, "switch setting:" atau CMOS SETUP
§ Kad video


§ Semak "swith" papan utama atau CMOS SETUP
§ Ganti kad video


§ Paparan Ralat 5xx (CGA)

§ Paparan Ralat 24xx (EGA)

§ Paparan Ralat 74xx (VGA)


§ Kad video mengalami kerosakan


§ Ganti dengan kad video yang sesuai


§ Paparan yang kabur, dan tidak tepat


§ Pelaras monitor

§ Kerosakan kad video


§ Laras semula monitor
§ Gantikan kad video


§ Bunyi "pop" dan berbau terbakar (Electrical smells)


§ Monitor kotor atau berhabuk
§ Kerosakan pada bekalan voltan tinggi.


§ Selenggara dan bersihkan monitor



Simtom


Jangkaan


Penyelesaian


§ Tiada output dari pencetak (lampu bekalan kuasa tidak kelihatan)


§ Pencetak tidak dihidupkan
§ Disambungkan kepada plug yang rosak


§ Hidupkan pencetak

§ Sambung kepada plug yang lain


§ Tiada output dari pencetak (lampu bekalan kuasa menyala)


§ Butang On-Line ditutp (off)
§ Kabel pencetak tidak disambung dengan baik


§ Buka (on) butang on-line
§ Pastikan sambungan dikemaskan


§ Tiada output dari pencetak (lampu bekalan kuasa menyala dan sambungan kabel kemas)


§ Port pencetak


§ Cuba lakukan cetak paparan (Print screen). Jika gagal, jelas masalah port pencetak.


§ Tiada output dari pencetak (lampu bekalan kuasa menyala dan sambungan kabel kemas dan port pencetak berfungsi)


§ Kesilapan dalam setup perisian


§ Betulkan setup perisian




MASALAH ALAT PENUNJUK






Simtom


Jangkaan


Penyelesaian


§ Penunjuk tidak berfungsi


§ Sambungan kabel salah

§ "Driver" salah

§ Bercanggah (conflict) dengan peralatan lain


§ Kemaskan sambungan kabel
§ Semak CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT dan driver agar sesuai dengan manual


§ Penunjuk kadangkala bergerak dan kadang kala berhenti bila digerakkan


§ Anda menggunakan Windows tetapi melaksanakan perisian bukan asas window atau anda melaksanakan perisian dengan driver sendiri


§ Jangan laksanakan perisian tersebut melalui windows.




MASALAH BIASA BAGI CAKERA KERAS DAN CAKERA LIUT



Simtom


Jangkaan


Penyelesaian


§ Paparan "Track 0 bad -disk unusable"


§ Cakera rosak

§ Cakera tidak sesuai atau jenis format

§ Virus telah rosakkan track 0


§ Tukar cakera atau format semula dengan betul.


§ Paparan "invalid or missing COMMAND.COM"


§ Terpadam COMMAND.COM

§ COMMAND.COM tidak berada ditempat sepatutnya

§ SHELL, SET, atau PATH bagi COMMAND.COM tidak tepat


§ Pastikan COMMAND.COM berada pada direktori asas atau berada pada SHELL yang dinyatakan di CONFIG.SYS.


§ Paparan "Invalid parameter"


§ Memasukkan arahan yang tidak dikenali oleh DOS Command


§ Pastikan arahan ditaip dengan betul


§ Paparan "Abort, Retry, Ignore, Fail"


§ Tingkat pemacu tidak ditutup

§ Pemacu tidak dapat merasa kehariran cakera

§ Cakera tidak diformat dengan betul

§ Program tidak dapat membaca atau menulis pada sebahagian cakera.


§ Pastikan tingkap ditutup

§ Cakera tidak diformat dengan betul

§ Pastikan pemacu yang betul seperti yang anda arahkan

§ Semak kehadiran virus

§ Baiki kawasan cakera yang rosak dengan perisian utiliti


§ Paparan "File allocation Table Bad"


§ Kerosakan pada cakera, pemacu atau controller

§ Gangguan virus

§ Masalah program


§ Gunakan perisian utiliti dan baiki kerosakan


§ Paparan "General Failure Reading/Writing Drive x"


§ Pemacu, kabel, atau controller tidak disambung dengan sumpurna

§ Maklumat dalam cakera telah terganggu kerana kegagalan perisian atau perkakasan

§ Komponen yang terlalu panas

§ Kerosakan pada cache atau RAM


§ Pastikan segala sambungan sempurna dan controller diletakkan dengan kemas.

§ Jika tidak dapat boot-up dari C, boot-up dari pemacu yang lain dan jalankan perisian utiliti untuk mencari kerosakkan.




MASALAH KEGAGALAN CAKERA KERAS YANG BIASA




Simtom


Jangkaan


Penyelesaian


§ Pemacu tidak berpusing


§ Motor pemacu

§ Tidak cukup bekalan kuasa


§ Baiki atau ganti pemacu

§ Semak sambungan bekalan kuasa kepada pemacu

§ Semak bekalan kuasa atau tukar kepada yang lebih berkuasa


§ Pemacu mengeluarkan bunyi bernada tinggi.


§ Kepala bersentuh dengan kepingan semasa berpusing


§ Ganti atau baiki pemacu

0 komen:

Post a Comment