Pages

Monday, January 25, 2010

BERTUDUNG VS BERFESYEN


BERTUDUNG VS BERFESYEN



baju nipis nampak bayang,
peha gebu saja ditayang,
lebih baik tak pakai baju senang,
dah tentu boleh tunjuk terang-terang..



baju ketat seluar sendat,
pakai tudung just ikat-ikat,
dari mula memang bukan adat,
disudut agama pun gaya tak berkat..




tudung jarang baju nipis,
pakai sikit boleh nampak habis,
mata orang terbeliak kita membengis,
bila kena kutuk kenapa menangis??..



bertudung bergaya biarlah sempurna,
tak jadi bahan kutuk,
jangan pula menambah dosa,
pun tak usahlah juga terlebih gaya,
islam itu suka yang sederhana...



kebaya ketat kain terbelah,
ikat tudung macam tak sudah,
nak ikut suruhan agama memang tak mudah,
tapi islam sebenarnya indah..



tutup aurat bukan suruh berselubung,
sampai tak nampak muka dan hidung,
yang faham tuntutan amatlah beruntung,
taklah bersungut mulut pun tak muncung..



bertudung itu bukan paksaan,
ianya lebih kepada keinsafan,
selalunya nafsu masih dikuasai syaitan,
itulah pasal fesyen pun yang bukan-bukan..



menutup aurat satu syariat,
kepada agama kita taat,
hidup berkat pahala berlipat-lipat,
di dunia selamat di akhirat hebat..



andai dihati redha dan ikhlas,
di wajah nur terpancar jelas,
walaupun bergaya tak berapa kelas,
asal Tuhan tahu diakhirat pengorbanan terbalas..



andai terasa hidayah menyinggah,
lakukan yang betul mengikut sunnah,
menutup aurat jangan sekali dirasa payah,
mengapa diperleceh,itukan perintah...



harap maaflah kalau terlalu panjang,
bukan sengaja mencipta yang bukan-bukan,
berpantu seloka bukan setakat hiburan,
yang mana betul jadikan pedoman....

3 komen:

Anonymous said...

x sangke awk ni pndai b'pantun2 aek??class gitu..
btol3x..sy stuju..tp sy ni insan b'tudung..guano ni??msuk kategori ke x??..serammmmmm..

sy jd anonymous la..bia surprise cket..agk2 knl x??

s H a R k a.k.a pantherjerung said...

itu no komen la...
klu terasa amik la..
klu xterasa 2,bgs la...

Anonymous said...

x..x trase pon..sy pki proper..

Post a Comment