Pages

Friday, March 12, 2010

Awak Nak Kawin Lain

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kawin lagi tak?
Suami : Abang rasa, abang mungkin kawin lagi. Abih, anak-anak kita perlukan org yg boleh beri perhatian.
 Makan minum abang pun adalah org yg sediakan.
Isteri : Habis, kalau abang kawin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
Suami : Yelah. Sbb rumah ni beli mahal, takkan nak tinggal macam tu saja?
Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai dlm rumah ni, 
baiklah kalau abang kasi dia aja.
Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
Suami : Itu tak lah. Sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, 
golf set tak boleh sebab dia kidal......

Sapa boleh komen cerite ni.... 

2 komen:

Post a Comment