Pages

Wednesday, March 3, 2010

Amalan Save Format Dokumen Ms Word Kepada versi Umum



Salam sejahtera kepada warga Blogger sekalian. Perkembangan Microsoft Office yang pesat telah menarik perhatian ramai pengguna untuk menaiktaraf (upgrade) versi MS Office lama kepada yang terkini iaitu MS OFFICE 2007. Jika dibuat perbandingan antara versi 2007 dan yang sebelumnya ternyata banyak perbezaan terutama dari segi antaramuka dan yang lain – lain. Mereka yang telah upgrade sendiri dengan menggunakan MS OFFICE versi 2007 anda harus save format fail anda kepada versi yang boleh diterima oleh MS OFFICE sebelum 2007. Berikut dipaparkan cara untuk anda save kepada format yang dinyatakan tadi.
Save 
As


Contoh untuk MS WORD 2007. Klik pada butang start kemudian pilih Save As > Word 97-2003 Document.
Jika anda buat pilihan sebegini format fail akan di save kepada bentuk .doc bukan .docx yang mana .doc masih boleh dibaca boleh MS Word versi lama.
Untuk senantiasa menyimpan dalam format umum yang boleh dibuka oleh semua. Pilih Word Options dan pilih Save
Word Options
Antara sebab anda perlu melakukan pilihan save yang sebegini adalah untuk mengelakkan berlaku kesukaran atau masalah fail tidak boleh dibaca oleh MS Office versi lama.
Ini adalah kerana MS Office 2003 masih menjadi perisian yang standard dan kebanyakan staf UTHM masih menggunakannya disebabkan oleh kekangan perkakasan komputer masing – masing. MS Office 2007 memerlukan saiz dan RAM yang agak besar untuk melicinkan penggunaannya. Jadi sebagai langkah bertolak ansur kepada rakan – rakan sejawat kita yang lain jadikanlah perkara ini sebagai amalan dalam menjalankan tugasan harian.
Bagi pengguna yang tiada pilihan untuk membuka Word 2007 iaitu format fail docx. Microsoft telah menyediakan convertor untuk membolehkan format ini dibuka tapi hanya untuk Office 2003 sahaja.

0 komen:

Post a Comment