Pages

Tuesday, February 23, 2010

PANTERA MOTO CLUB

Kelab ini ditubuhkan sekian lama di johor. Tapi masih ramai yang tidak mengetahui. Aku pun baru tahu time aku pergi rumah awek aku. Bakal biras aku yang promotekan kat aku dan bakal biras aku ni Ketua Besar dalam kelab PANTERA ini. ` PANTERA ‘ diambil dari singkatan dua patah perkataan iaitu `PANDUAN TERATUR’yang memberi pengertian kelab bermotor ini mementingkan cara atau disiplin pemanduan dan sikap yang mengutamakan peraturan jalanraya demi keselamatan diri dan pengguna lain. Warna `Orange’ pada perkataan `PANTERA’ dipilih adalah kerana ianya merupakan Warna kebiasaan bagi sesuatu tanda amaran atau tanda peringatan supaya berhati-hati, yang membawa makna kelab ini mengingatkan ahli-ahlinya supaya lebih memberi perhatian berwaspada ketika memandu untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Warna `Silver’atau`Perak’yang menjadi bingkai pada perkataan `PANTERA’adalah bagi Melambangkan penyatuan diantara sesama ahli di dalam kelab ini.

Ikan lumba-lumba di pilih sebagai maskot bagi kelab ini adalah kerana ianya sejenis ikan yang cerdik dan jinak (mudah mesra) serta gemar hidup secara berkumpulan, bersesuaian dengan konsep kelab ini yang mengamalkan sikap mesra sesama ahli disamping menerima idea-idea yang bernas untuk kebaikan kelab.
Disini ada gambar Kemeja F1 yang menarik minat aku untuk memakainya dengan penuh kebanggaan..cewah..hehe...Kemeja F1 hanya terdapat dan dibuat untuk cawangan KULAIJAYA sahaja..HIDUP PANTERA CAWANGAN KULAIJAYA!!!


2 komen:

Anonymous said...

Jom la join pantera club pas ni..hihi..

Unknown said...

bleh je..tngu la ade kete...

Post a Comment