Pages

Thursday, February 25, 2010

Kelakar

PART I

Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa,
Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian,
dimana murid² baring dan mengankat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.
Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinyatiba² memberhentikan kakinya.
 Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah.

"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah"
"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."

PART III

Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??

PART IV
Che'gu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Man Tapah pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Tapah :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas...

0 komen:

Post a Comment