Pages

Tuesday, February 1, 2011

Monster yang menakutkan dalam permainan video: Alien, Makhluk Asing dan Mutan...OMG

Monster, alien, makhluk, mutan ... tidak menyimpan mata. Ini adalah beberapa saat yang paling menakutkan dalam permainan video, dan jika anda telah bermain Dead Space 2 akhir-akhir ini, anda tahu apa yang saya maksudkan. Ini mungkin ketika di siang hari ketika anda mula bermain, tapi sekarang sudah menjadi gelap dan semua lampu di rumah anda tidak aktif. Anda perlu bangun untuk pergi ke bilik mandi, tapi kau takut kerana seekor makhluk yang menjijikan seperti cerita NGANKUNG diam-diam menyelinap keluar dari kegelapan dan menarik anda ke dalam mimpi buruk yang menyeramkan.

Friday, April 2, 2010

Jentik

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu.
Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara.
Kuda ni memang pandai giler.. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi
lagu Hattan dia nyanyi itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.

Gembala Kambing

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya. Datang seorang pemuda lalu bertanya,
"Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?"
"Oh, boleh saja" kata gembala itu.
Orang itu berkata, "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?" tanya gembala.
"Yang putih."

Evolusi Bahasa

Perubahan bahasa yang simbolik...

Bahagian
A adalah cara percakapan semasa zaman diraja.
B pula zaman sekarang
C pula cara perbualan budak-budak remaja zaman sekarang.

#1
(A) Sayugia ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas.
(C) Wa cakap sama lu... lu kalau mao kropok dia... lu kropok jangan kasi lebam beb.

Peribahasa Moden

     1. ke mana tumpah nye kuah kalau tidak ke bawah
     2. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnye tak dapat masuk olimpik juga
     3. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian cukai pendapatan
     4. tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
     5. tiada rotan pelempang berguna juga
     6. biar lambat asalkan tak cepat
     7. biar putih tulang jangan kuning gigi
     8. di mana ada gula di situ adalah gula-gula
     9. jauh di mata dekat di mata-mata
     10. kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
     11. carik2 bulu ayam lama2 jadi shuttlecock
     12. secupak takkan jadi 18 cupak
     13. gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia
     14. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut
     15. harapkan pagar, pagar tak boleh harap
     16. habis madu, sepah jgn dibuang merata-rata
     17. alang2 mandi, biar guna sabun
     18. berapa berat mata memandang berat lagi seguni beras
     19. cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa2 pun
     20. diam2 ubi berisi diam2 orang bisu
     21. hendak seribu daya tak hendak tak apa
     22. hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong
     23. hidup segan mati ditanam
     24. ikut hati mati, ikut rasa merasa
     25. lembu punya susu, cap teko dpt nama
     26. patah tumbuh, hilang report polis
     27. sambil menyelam tengok kapal selam
     28. sehari selembar benang, lama2 benang habis
     29. jika kail panjang sejengkal, beli ler yang panjang sikit kalau nak mengail di laut
     30. membujur lalu melintang pukang
     31. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan..
     32. sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
     33. kecil2 cili padi, kecil lagi biji cili
     34. kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah
     35. berat sama dipikul, ringan angkat sorang-sorang