Pages

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

PANTERA MOTO CLUB

Kelab ini ditubuhkan sekian lama di johor. Tapi masih ramai yang tidak mengetahui. Aku pun baru tahu time aku pergi rumah awek aku. Bakal biras aku yang promotekan kat aku dan bakal biras aku ni Ketua Besar dalam kelab PANTERA ini. ` PANTERA ‘ diambil dari singkatan dua patah perkataan iaitu `PANDUAN TERATUR’yang memberi pengertian kelab bermotor ini mementingkan cara atau disiplin pemanduan dan sikap yang mengutamakan peraturan jalanraya demi keselamatan diri dan pengguna lain. Warna `Orange’ pada perkataan `PANTERA’ dipilih adalah kerana ianya merupakan Warna kebiasaan bagi sesuatu tanda amaran atau tanda peringatan supaya berhati-hati, yang membawa makna kelab ini mengingatkan ahli-ahlinya supaya lebih memberi perhatian berwaspada ketika memandu untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Warna `Silver’atau`Perak’yang menjadi bingkai pada perkataan `PANTERA’adalah bagi Melambangkan penyatuan diantara sesama ahli di dalam kelab ini.

Ikan lumba-lumba di pilih sebagai maskot bagi kelab ini adalah kerana ianya sejenis ikan yang cerdik dan jinak (mudah mesra) serta gemar hidup secara berkumpulan, bersesuaian dengan konsep kelab ini yang mengamalkan sikap mesra sesama ahli disamping menerima idea-idea yang bernas untuk kebaikan kelab.

Tuesday, January 26, 2010

Berkabung...Mangkatnya AlMarhum Sultan Iskandar

Al-fatihah kepada Almarhum Sultan Iskandar(Sultan Johor)...Semoga rohnya dicucuri rahmat...aminnn....

Kami di UTHM ni sekarang tengah berkabung disebabkan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar. So, kami disini diwajibkan memakai songkok yg dililit dengan kain putih sebagai tanda berkabung. tapi berdasarkan subject hubungan etnik yang aku belajar. berkabung ni adalah tanda kita takziah dan turut bersedih atas kematian seseorang. So sebagai takziah aku, ini yang aku dan warga UTHM buat. Agak pelik la coz ini pertama kali aku buat camni. Masa dok kat kedah aku tak merasa lagi. Aku rasa member aku pun 1st time jugak. Kami pergi shoping songkok(xpenah seumo idup aku!!!). Orang kat kedai pun cakap yg time raya pn tak cmni. Sampai je rumah sume pakai songkok tu. Xbuang-buang, main game pun still pakai...ish..ish..ish.. Ni picture-picture nya(letak picture-picture mcm bnyk plak..hehe)..=)...ni budak tengah main dota..RAMPAGE!!!!!