Perubahan bahasa yang simbolik...
Bahagian
A adalah cara percakapan semasa zaman diraja.
B pula zaman sekarang
C pula cara perbualan budak-budak remaja zaman sekarang.
#1
(A) Sayugia ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas.
(C) Wa cakap sama lu... lu kalau mao kropok dia... lu kropok jangan kasi lebam beb.
#2
(A) Sungguh terhiris hati hamba di atas peradaban tuan hamba di hadapan majlis ini.
(B) Kurang ajar sungguh awak nie
(C) Oi! akak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh? Sengal punyer budak!
#3
(A) Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba... sungguhpun, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.
(B) Cintaku belum lagi berbalas... berilah aku peluang sekali lagi untuk mengisi ruang hatimu.
(C) Beb.... wa tak mo jiwa-jiwa sama lu... tapi wa suah cintan rabak sama lu... wa takut wa takleh tahan nanti wa terdugong.. please ahhhhh.
#4
(A) Sayugia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan bulan syawal ialah keesokan harinya... maka dengan itu hari ini merupakan hari penggenap Ramadan.
(B) Di sini ingin diumumkan bahawa besok adalah hari menyambut Hari Raya Aidilfitri.
(C) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser! Yeaaahhooooooooooooooooo!!!!!!
#5
(A) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekelian ke majlis keramaian itu kelak.
(B) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu... boleh tak?
(C) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau... aku pun nak ikot.
#6
(A) Barangsiapa yang telah dengan tanpa segan dan silu melakukan sesuatu kemungkaran... maka.. atas dirinya akan dibalas kemungkaran.
(B) Sesiapa yg berbuat jahat serta kesalahan akan dihukum.
(C) Sapa yg tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati.. nak bedek takda.... jangan memain dengan aku hah!!
#7
(A) Sungguh menakjubkan kesaktian yang ada atas empunya diri
(B) Dia sungguh hebat sekali
(C) Mak kao! Pawer ziol!
skip to main |
skip to sidebar
Pages
Berkisar mengenai komputer, masalah komputer, tip-tip untuk komputer korang dan tip-tip untuk korang pun ada, diselitkan juga lawak jenaka dan artikal-artikal untuk renungan kita bersama. Tapi dah blog ni blog aku, so pasal aku pun ada juga..hehe..GOD BLESS YOU ALL => "I write what I want" "U read what U need"
Friday, April 2, 2010
Categories
- Artikel (6)
- Data Structure and Algorithm (1)
- Game (2)
- Lelaki (5)
- Maklumat (7)
- Masalah Komputer (4)
- Personal (2)
- Renungan (2)
- Senaman Muka (11)
- Software (10)
- Tips (8)
Blog Archive
Download Link
Singgah Chatting
Followers
Owner >> Mental Problem
"Pembuka Kata"
Thanx sebab melawat blog ini.
Blog untuk kita sesama berkongsi.
Aku tetiba terasa ingin menyampaikan sesuatu. So, aku create blog ni untuk aku kongsikan apa yang aku tahu dengan korang semua.
Semoga penyampaian aku tercapai..
Thanx 4 reading..
s H a R k
Blog untuk kita sesama berkongsi.
Aku tetiba terasa ingin menyampaikan sesuatu. So, aku create blog ni untuk aku kongsikan apa yang aku tahu dengan korang semua.
Semoga penyampaian aku tercapai..
Thanx 4 reading..
s H a R k
Powered by Blogger.
Jana pendapatan smbil ber FACEBOOK or ber TWITTER
Siapa taknak duit? Siapa tak suka duit? Tipu kalau korang kata taknak & taksuke duit! Ehh zaman sekarang ni segala benda perlukan duit taw!! Korang nak tak duit lebih atau dengan kata lain pendapatan lebih yang tanpa memerlukan korang kelurkan modal, tanpa jual barang or watever *tanpa keluarkan modal? tanpa jual barang? macam mana tu?
Sila klik gambar burung comey di bawah..(n_n)
0 komen:
Post a Comment