Pages
Berkisar mengenai komputer, masalah komputer, tip-tip untuk komputer korang dan tip-tip untuk korang pun ada, diselitkan juga lawak jenaka dan artikal-artikal untuk renungan kita bersama. Tapi dah blog ni blog aku, so pasal aku pun ada juga..hehe..GOD BLESS YOU ALL => "I write what I want" "U read what U need"
Saturday, February 12, 2011
ColorQuiz
Feeling stressed out due to his current situation and the demands which are placed on him. Working to release himself from all things that hold him back or tie him down.
Thursday, February 10, 2011
Sanggup terima cabaran??
Jangan hanya mencintai atau memikirkan atau juga memulakan hari anda dengan aroma #MiloFuzeJamPack? Click on this link & you could be lucky ones to win APLLE product...aku cabar korang lawan aku...
follow this link => http://www.churpchurp.com/ZorkOrion/share/milofuze-jampack
Nak duit x??mesti la nak kan..join la #ChurpChurp today and bring more friends to the community!
Nak duit x??mesti la nak kan..join la #ChurpChurp today and bring more friends to the community!
Siapa taknak duit? Siapa tak suka duit? Tipu kalau korang kata taknak & taksuke duit! Ehh zaman sekarang ni segala benda perlukan duit taw!! Korang nak tak duit lebih atau dengan kata lain pendapatan lebih yang tanpa memerlukan korang kelurkan modal, tanpa jual barang or watever *tanpa keluarkan modal? tanpa jual barang? macam mana tu? Sila klik gambar burung comey kat sebelah..(n_n)
Wednesday, February 9, 2011
Penyelidikan: Online gamer tidak semestinya nerds or allegedly | Nerve.com
Sebuah kajian baru mengatakan bahawa bertentangan dengan ciri-ciri atau penampilan online gamer yang kita ketahui atau beranggapan sebagai berlemak(gemuk), menjijikkan, mungkin nampak macam terencat, anti-sosial yang hidup pada diet Oatmeal dan Mountain Dew di basement ibubapa mereka '... eh, mereka tidak. Bigpoint, sebuah game-online (hmm) syarikat dari Jerman, telah mengsurvey 6000 pengguna dan menyimpulkan bahawa:Thursday, February 3, 2011
Bagaimana Ingin Membuat PC Anda Laju Seperti Ketika Baru Membelinya
Setiap beberapa tahun, kita membeli sebuah PC baru yang mahal dan gembira kerana dapat berjalan dengan lancar dan laju, menjalankan aplikasi , dan membuka banyak laman web. Tak kisah dan makin lama makin membuat kita menarik-narik rambut ketika menunggu applikasi di buka.
Mengapa ini terjadi? Ternyata jawabannya sebenarnya cukup mudah dan anda tidak perlu "teknikal" untuk memahami penyebab dan penyelesaian.
Khabar baik: Ini bukan peranti(hardware) komputer itulah yang bermasalah. Dalam kebanyakan kes, hardware yang anda miliki adalah sempurna dan mampu menjadi dikembalikan ke kepaada asal dan berguna dalam keadaan laju dengan sedikit usaha.
Sebaliknya, masalah terletak dengan perubahan yang berlaku pada perisian PC. Dua penyebab yang paling umum mengapa PC menjadi lambat(bersama-sama dengan penyelesaian mudah) adalah:
Masalah yang paling utama adalah MASALAH REGISTERY
Setiap kali anda (atau kawan-kawan anda) membuka sebuah aplikasi, permainan, atau fail, registery perisian PC anda akan dikemaskini dengan arahan baru yang diperlukan untuk mengendalikan aplikasi tersebut. Namun, ketika item tersebut akan dihapuskan, arahan ini biasanya tetap tinggal pada PC anda. Setiap kali anda run komputer anda cuba untuk menjalankan panduan ini, tetapi, kerana program yang berkaitan tidak boleh dijumpai, hal itu menyebabkan kesalahan registri. PC anda melakukan pekerjaan lebih banyak dari yang seharusnya dan hasilnya adalah significantly slower computer.
Salah satu cara terbaik untuk menguruskan ini adalah dengan alat kecil yang rapi dari sebuah syarikat yang berpusat di U.S yang disebut Advanced SystemCare Free 3. Program ini mengimbas, mengenalpasti, dan perbaikan kesalahan registri - menghasilkan komputer yang jauh lebih seperti itu ketika anda pertama kali membelinya.
Advanced SystemCare Free (dahulu Advanced WindowsCare Personal) mempunyai pendekatan satu-klik untuk membantu melindungi, memperbaiki, bersih, dan mengoptimumkan PC anda. Dengan lebih dari 100 JUTA kali aplikasi ini dimuat-turun sejak tahun 2006, aplikasi ini sangat hebat dan sudah memenangi anugerah, Advanced SystemCare adalah "must-have" alat untuk komputer anda. penyelenggaraan PC program yang sangat mudah digunakan; 100% tanpa spyware, adware, atau virus.
Download => Advanced SystemCare
Perkara kedua adalah Spyware and viruses
Spyware dan virus adalah software program yang dimuat di komputer anda tanpa pengetahuan atau izin. Mereka mempunyai pelbagai tujuan, termasuk:
- Tukar enjin carian default di browser anda.
- Penjejakan ke Web kebiasaan anda dan menunjukkan anda iklan yang disasarkan.
- Menggunakan program e-mel anda untuk menghantar spam ke alamat e-mel lain.
- Mencuri maklumat peribadi anda.
Kebanyakan spyware dan virus masuk ke dalam komputer kita melalui gambar-gambar yang kita download dari internet atau sebagai lampiran e-mel. Mereka cenderung mengambil banyak kuasa komputer(computing power) dan, sebagai hasilnya, secara amnya akan melambatkan komputer anda.
Peraturan mudah yang praktikal adalah jangan sesekali mendownload program perisian bebas daripada syarikat yang tidak anda kenal dan percaya, terutama screensaver, emoticon, dan sejenisnya. Selain itu, anda tidak boleh membuka lampiran apapun ke email kecuali anda 100 peratus yakin anda kenal dan percaya penghantar tersebut. Selain itu, pastikan anda mempunyai penghapusan perisian anti-virus/spyware baik berjalan pada bila-bila masa.
P/S:Ikuti saranan di atas dan PC anda akan menjadi cepat dan selamat.
Tuesday, February 1, 2011
Peribahasa Moden
2. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnye tak dapat masuk olimpik juga
3. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian cukai pendapatan
4. tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
5. tiada rotan pelempang berguna juga
6. biar lambat asalkan tak cepat
7. biar putih tulang jangan kuning gigi
8. di mana ada gula di situ adalah gula-gula
9. jauh di mata dekat di mata-mata
10. kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
Monster yang menakutkan dalam permainan video: Alien, Makhluk Asing dan Mutan...OMG
Monster, alien, makhluk, mutan ... tidak menyimpan mata. Ini adalah beberapa saat yang paling menakutkan dalam permainan video, dan jika anda telah bermain Dead Space 2 akhir-akhir ini, anda tahu apa yang saya maksudkan. Ini mungkin ketika di siang hari ketika anda mula bermain, tapi sekarang sudah menjadi gelap dan semua lampu di rumah anda tidak aktif. Anda perlu bangun untuk pergi ke bilik mandi, tapi kau takut kerana seekor makhluk yang menjijikan seperti cerita NGANKUNG diam-diam menyelinap keluar dari kegelapan dan menarik anda ke dalam mimpi buruk yang menyeramkan.
Friday, April 2, 2010
Jentik
Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara.
Kuda ni memang pandai giler.. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi
lagu Hattan dia nyanyi itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.
Gembala Kambing
"Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?"
"Oh, boleh saja" kata gembala itu.
Orang itu berkata, "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?" tanya gembala.
"Yang putih."
Evolusi Bahasa
Bahagian
A adalah cara percakapan semasa zaman diraja.
B pula zaman sekarang
C pula cara perbualan budak-budak remaja zaman sekarang.
#1
(A) Sayugia ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas.
(C) Wa cakap sama lu... lu kalau mao kropok dia... lu kropok jangan kasi lebam beb.
Peribahasa Moden
2. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnye tak dapat masuk olimpik juga
3. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian cukai pendapatan
4. tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
5. tiada rotan pelempang berguna juga
6. biar lambat asalkan tak cepat
7. biar putih tulang jangan kuning gigi
8. di mana ada gula di situ adalah gula-gula
9. jauh di mata dekat di mata-mata
10. kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
11. carik2 bulu ayam lama2 jadi shuttlecock
12. secupak takkan jadi 18 cupak
13. gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia
14. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut
15. harapkan pagar, pagar tak boleh harap
16. habis madu, sepah jgn dibuang merata-rata
17. alang2 mandi, biar guna sabun
18. berapa berat mata memandang berat lagi seguni beras
19. cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa2 pun
20. diam2 ubi berisi diam2 orang bisu
21. hendak seribu daya tak hendak tak apa
22. hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong
23. hidup segan mati ditanam
24. ikut hati mati, ikut rasa merasa
25. lembu punya susu, cap teko dpt nama
26. patah tumbuh, hilang report polis
27. sambil menyelam tengok kapal selam
28. sehari selembar benang, lama2 benang habis
29. jika kail panjang sejengkal, beli ler yang panjang sikit kalau nak mengail di laut
30. membujur lalu melintang pukang
31. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan..
32. sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
33. kecil2 cili padi, kecil lagi biji cili
34. kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah
35. berat sama dipikul, ringan angkat sorang-sorang
Mengenal Lelaki Melalui Ciumannya
1. Matanya Tertutup.
Dia adalah lelaki yang terdorong oleh fantasi bila dia mencium anda. Dia juga adalah lelaki yang romantik dan mudah menjadi mesra dalam perhubungan.
2. Matanya Terbuka.
Dia berhati-hati dalam meluahkan emosinya. Dia adalah lelaki yang mempunyai kecenderungan untuk mengongkong sesuatu perhubungan.
3. Mencium Dengan Kuat.
Lelaki ini cuba menutup kelemahannya dengan mendominasi atau mengongkong apa yang anda lakukan.
4. Mencumbu Lidah.
Cumbuan lidah biasanya mengiringi keghairahan yang tinggi. Lelaki ini cenderung untuk mengongkong anda apabila dia menusukkan lidahnya ke arah kerongkong anda. Jika dia membenarkan anda juga memasukkan lidah ke dalam mulutnya, dia adalah lelaki yang boleh berlebih kurang dengan anda.
5. Membelai sambil mencium.
Dia lelaki yang tahu bahawa kuasa seksual sebenar ialah melalui kelembutan dan kehalusan. Dia adalah penyabar dan peka terhadap kemahuan anda, dana dapat menawarkan apa yang anda paling sukai. Dia dianggap matang dari segi seks dan juga emosi.
--------------------------------------------------------------------------------
Mengenal Lelaki Disamping Anda
Lelaki itu, tidak kira siapa namanya, berapa umurnya, adalah satu himpunan dunia pengalaman yang unik. Apa yang telah di alaminya tidak pernah dan tidak akan di alami oleh insan lain. Lelaki itu adalah hasil satu himpunan perasaan, gedung kenangan lampau dan juga kegigihan harapan masa depan. Dalam dirinya ujud kehidupan dan harapan yang tidak kujung padam, juga terpendam kekuatan tenaga-tenaga yang baru saja dihidupkan. Sembilan persepuluh dari bakatnya belum lagi tersentuh atau diteroka.
Walaupun lelaki itu takut, dia perlu memperkenalkan dirinya kepada alam agar alam mengenalinya seperti mana dan setakat mana dia mengenali dirinya sendiri. Dia melakukan itu agar dia dapat mengenali dirinya dan dikenali dengan lebih mantap dan mesra, hingga ke peringkat yang tidak mampu dilahirkan dengan kata-kata.
Pada diri lelaki itu ujud satu masyarakat yang tersendiri. Masih ujud ibubapa, ayah, kawan sahabat, taulan seperjuangan, rakan sepermainan serta setiap dan kejadian yang pernah melintasi hidupnya. Semuanya itu masih terbenam jauh di lubuk dirinya.
Walaupun mungkin penglibatannya kecil, dia adalah insan yang turut mencipta sejarah. Dia cuba mencipta sejarah seolah-olah seperti cuba menyeberangi samudera yang menggunung ombaknya. Dia masih mencuba membina satu dunia yang lebih aman bukan hanya untuk kepentingan dirinya sendiri tetapi juga untuk generasi mendatang.
Jauh dilubuk jiwanya, lelaki di samping anda mempunyai amanah yang diliputi oleh lapisan-lapisan persetujuan dan kewibawaan. Walau pun begitu, mana tahu pada satu hari nanti, setelah terpaksa mengakui keujudan kekejaman dunia, atau mengakui bahawa hidupnya tidak sesempurna mana dan begitu juga keperibadiannya,dia mungkin berkata "Meskipun begitu ... aku masih seorang insan yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan, dan aku mengharap serta berusaha ke arah kesempurnaan." Dan anda tahu bahawa dia juga adalah seorang manusia biasa seperti anda. Berilah dia peluang untuk memperbaiki dirinya.
Bukanlah dia hanya mahu hidup di dunia ini untuk dirinya sendiri tetapi juga untuk anda dan insan lain. Dia boleh berhadapan, cuba mengatasi masalah, atau cuba memahami anda jika itulah kehendak anda. Sebaliknya dirinya perlu juga difahami, terutamanya oleh anda, kerana jika anda tidak memahaminya, dirinya akan terhalang untuk bermesra dengan anda, dan selain anda, siapa lagi yang sepatutnya lebih mesra padanya?
--------------------------------------------------------------------------------
Lelaki dan Tarikh Kelahiran
Pada umumnya lelaki ini bersifat pendiam dan konservatif. Namun dengan orang-orang yang tertentu dia cepat mesra.
Tapi lelaki yang lahir tarikh ini mudah terperasan, kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya.
Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya ketika sedang berhubung dengan orang ramai.
Dalam banyak hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.
Tapi hati-hati, kadangkala dia lebih memetingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan seandainya sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
--------------------------------------------------------------------------------
***Lahir Pada: 2, 11 dan 30 Haribulan***
--------------------------------------------------------------------------------
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah.
Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut dan ramah.
Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya, namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak.
Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis, sering mengalah sebelum mencuba.
Oleh itu mesti ada yang menolongnya agar dia tidak terus terjebak dengan sikapnya itu.
--------------------------------------------------------------------------------
***Lahir Pada: 3, 18 dan 29 Haribulan***
--------------------------------------------------------------------------------
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri khas bagi lelaki yang lahir pada tarikh ini.
Tapi jangan cuba mempermainkannya, dia mengamuk dengan hebat.
Dia tergolong dalam lelaki yang bijkasana dan bertanggungjawab. Sifat jujur dan ramah adalah modalnya untuk bergaul.
Tapi dalam soal cinta, dia merupakan lelaki yang susah untuk dimengertikan.
Lelaki jenis ini suka kepada gadis yang bersifat keibuan, berwajah sederhana daripada gadis tomboy yang rupawan.
--------------------------------------------------------------------------------
Lahir Pada: 4 dan 13 Haribulan
--------------------------------------------------------------------------------
Lelaki yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.
Dalam soal cinta, dia tergolong lelaki yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya.
Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.
Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakan.
--------------------------------------------------------------------------------
Lahir Pada: 5 dan 17 Haribulan
--------------------------------------------------------------------------------
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecenderungan untuk berprestasi.
Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang dingininya selalunya mesti dipenuhi.
Memandang sesuatu dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangya dia suka menganggap remeh pada orang lain.
--------------------------------------------------------------------------------
Lahir Pada: 6, 14 dan 27 Haribulan
--------------------------------------------------------------------------------
Dia adalah seorang yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.
Dalam soal cinta dia ingin memberikan yang terbaik kepada orang yang dicintainya.
Namun begitu harga dirinya sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
--------------------------------------------------------------------------------
Lahir Pada: 7, 28 dan 31 Haribulan
--------------------------------------------------------------------------------
Dia adalah seorang yang bersikap terbuka, berterus-terang dan jujur.
Namun begitu dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu dengan cara mudah.
--------------------------------------------------------------------------------
Lahir Pada: 8 dan 23 Haribulan
--------------------------------------------------------------------------------
Dia bersifat peramah dan mudah perasa, kepada teman-teman dia bersifat lembut dan bijaksana.
Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal.
Dia memerlukan suasana yang seimbang, baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.
Kelemahannya yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui oleh perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.
Dalam urusan cinta, lelaki jenis ini ialah seorang yang tabah dan rela berkorban.
--------------------------------------------------------------------------------
Lahir Pada: 10, 16 dan 21 Haribulan
--------------------------------------------------------------------------------
Suka bekerja keras, memiliki usaha yang tinggi dalam usaha mecapai cita-citanya.
Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.
Namun begitu dia tergolong dalam jujur dan tabah menghadapi persoalan.
Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi.
Tapi dia adalah lelaki yang terlalu cemburu.
Kalau baik dia sangat baik, kalau jahat dialah yang paling jahat.
--------------------------------------------------------------------------------
Lahir Pada: 12 dan 19 Haribulan
--------------------------------------------------------------------------------
Lelaki yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara.
Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi, kerana itulah dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya.
Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah lelaki yang disegani kerana bakat kepimpinannya.
Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.
Dalam urusan cinta, dia adalah lelaki yang sangat susah dipercayai.
--------------------------------------------------------------------------------
Lahir Pada: 15, 20 dan 26 Haribulan
--------------------------------------------------------------------------------
Jangan mengharap sifat romantis dari lelaki jenis ini.
Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu masalah.
Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama huru-hara.
Dalam percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat akan gadisnya.
Namun begitu sikapnya amat disenangi oleh gadis-gadis.
--------------------------------------------------------------------------------
Lahir Pada: 22 dan 25 Haribulan
--------------------------------------------------------------------------------
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dibenci kerana perbuatannya.
Namun buat teman-teman dia merupakan orang yang penuh pengertian.
Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendah diri, jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain.
Lelaki jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.
--------------------------------------------------------------------------------
Bolehkah Wanita Mengubah Perangai Lelaki
Cubaan isteri untuk mengubah suaminya akan bermula dari teguran-teguran dan kritikan-kritikan mengenai kelemahan suaminya.
Teguran-teguran itu dibuat atas keyakinan bahawa ia adalah untuk kebaikan suami dan sebagai bukti bahawa dia sayangkan suaminya.
Namun yang dipertikaikan oleh lelaki dan menyebabkan lelaki sukar berubah bukanlah teguran itu, tetapi cara teguran itu dibuat. Lelaki lebih suka ditegur dengan cara lemah lembut dan berdiplomasi.
Sebagai isteri patutlah seorang wanita menasihatkan suaminya dengan cara yang yang baik, itu tergolong kepada tanggungjawab isteri.
Mudah-mudahan suami akan menyedari kelemahannya dan berubah. Namun begitu jika suami terus-menerus dengan perangai lamanya, isteri tiada pilihan lain melainkan belajar pula untuk menerima suaminya dengan keadaan sedemikian.
Bukanlah menjadi tanggungjawab isteri lagi untuk mendesak suaminya agar berubah kerana ia berkemungkinan besar akan mendatangkan keburukan.
Terdapat 4 sebab mengapa isteri tidak harus mendesak atau memaksa suaminya agar berubah, sebagaimana berikut:
1. Ia boleh menyebabkan masalah perkahwinan.
Suami akan menganggap bahawa isteri tidak puashati dengan sikapnya dan tidak merestuinya. Apabila ini berlaku suami menganggap bahawa isteri telah mulai membenci dan cuba mencari-cari kesilapannya. Suami akan membina benteng antara dia dan isteri, menjauhkan diri, tidak lagi berbual mesra dan mungkin menunjukkan sikap-sikap yang berlawanan dari kebiasaan. Egonya akan tercabar, suami akan merasa tidak selamat.
2. Ia boleh memusnahkan rasa cinta.
Hubungan suami isteri akan menjadi dingin dan ada pula rumahtangga yang mana cinta telah musnah.
3. Ia boleh menyebabkan suami menentang.
Suami akan menentang kerana dia cuba mengekalkan rasa kebebasannya.
4. Ia tidak akan menemui kejayaan yang diharapkan.
Lelaki tidak akan berubah dengan cara desakan dari isteri. Jika ia berubah, itu bukan bersebab dari desakan isterinya tetapi dari sebab-sebab yang lain. Mungkin juga atas kesedarannya sendiri untuk berubah hasil memikirkan sendiri mengenai keburukan perilakunya.
--------------------------------------------------------------------------------
Apa Yang Lelaki Cari Pada Wanita
Lelaki mahukan wanita yang bijak dan bekerja tetapi yang lebih penting ialah wanita yang dapat mendorong dan mengurangkan kemungkinan membabitkan lelaki itu ke kancah tekanan yang dihadapi oleh kaum wanita.
--------------------------------------------------------------------------------
Lelaki lebih suka memilih pasangan yang jauh lebih muda dari umur mereka dan jika boleh wanita itu tidak pernah mempunyai teman lelaki dan bergaul dengan lelaki.
--------------------------------------------------------------------------------
Lelaki suka memilih wanita yang senantiasa nampak kemas, bersih dan cantik untuk menjadi teman hidup. Wanita yang suka berjenaka dan boleh bergurau, merasa gembira apabila bersama dan menyenangkan, seksi, mementingkan perhubungannya bersama lelaki itu, menyanjung tinggi teman lelakinya, bersikap terbuka dan boleh berbicara mengenai semua perkara, punya sifat keibuan dan lelaki tidak merasa bimbang ketika pergi bekerja, dan menganggap bahawa lelaki itu penting dalam kehidupan di dunia ini.
--------------------------------------------------------------------------------
Lelaki mula tidak suka pada wanita yang bebas pergaulannya, lebih mementingkan anak dari suami, tidak berminat dalam hal seks, terlalu dingin atau agresif, mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi dari lelaki, suka berleter dan terlalu emosional, tidak memberikan perhatian kepada mereka.
--------------------------------------------------------------------------------
Friday, March 26, 2010
KIsah Se Tin Air
"kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu? pompuan tu jawab...
"saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."
si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh...sudah...mende aku nak goreng kadi tua ni.... kadi pun tanye si jantan..."hah...kamu....bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"
"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya masukkan dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"
jawab kadi.."hak kamu le.." jantan tu kata lak.."hah... sama le kes ni pun. Kan tuan... kan... kan"
Mistake
make lots of mistakes
People who do less work...
make less mistakes
People who do no work...
make no mistakes
People who make no mistakes...
gets promoted
That's why I spend most of my time
sending e-mails & playing games and sleep ............... I need a promotion.
Wednesday, March 17, 2010
G-Shock GW-9200 Riseman Has Everything You Never Needed on a Watch
- 6 Band Atomic Time Sync
- Barometer (air pressure range 260 to 1100 hPa)
- Altimeter (-700 to 10000 m)
- Thermometer (-10 ℃ to 60)
- Stopwatch (1 / 100 seconds, 24 hours, with a split)
- World Time (33 world cities, 29 time zones)
- Countdown Timer (24 hours max)
- 5 Alarms (1 with snooze)
- Full auto EL light (with afterlight)
- Tough Solar (large solar charging system)
- Dimensions: 51.0mm × 48.9mm × 15.9mm
- Weight: 60.9g
G-Shock Forum Review
Ebay Review
TrailSpace Review
Friday, March 12, 2010
Recuva - Aplikasi untuk mengembalikan fail-fail yang telah dibuang dari komputer anda
Download Sini => Recuva
Categories
- Artikel (6)
- Data Structure and Algorithm (1)
- Game (2)
- Lelaki (5)
- Maklumat (7)
- Masalah Komputer (4)
- Personal (2)
- Renungan (2)
- Senaman Muka (11)
- Software (10)
- Tips (8)
Download Link
Singgah Chatting
Followers
Owner >> Mental Problem
"Pembuka Kata"
Blog untuk kita sesama berkongsi.
Aku tetiba terasa ingin menyampaikan sesuatu. So, aku create blog ni untuk aku kongsikan apa yang aku tahu dengan korang semua.
Semoga penyampaian aku tercapai..
Thanx 4 reading..
s H a R k
